Puteri Sarah ke pejabat agama?

Kuala Lumpur: “Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” kata pelakon Puteri Sarah ringkas.

Ia susulan timbul dakwaan isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin.

Puteri Sarah, 35, dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya.

Kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Namun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah hadir ke situ.

Malah, berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Puteri Sarah juga sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram.

Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu. Gambar bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Didoakan semoga yang baik-baik saja buat pasangan ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy 63rd birthday Malaysia !!! Negara kita dah lama bebas ,tapi kita belum bebas dari lipas terbang. Jom join Sarah and @yoodomy, together kita #yoonity menentang lipas terbang !! Jgn lupa ok untuk sign petition menentang lipas terbang. Link kat IG story sarah . #youdoitbetter

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Harian Metro