Baru-baru ini tular tweet seorang wanita yang memberi am4ran kepada bakal suaminya yang dia hanya mahu bersalin di h0sp1tal swasta sahaja jika mengandung nanti.
Tweet tersebut mendapat reaksi daripada ramai pihak termasuk seorang lelaki yang berpengalaman bertugas di bahagian pendaftaran kemasukan ke wad di sebuah h0sp1tal swasta terkemuka.
Perkongsian dari Mohd Hilmi Ahmad Adnan ini amat bermakna untuk dijadikan panduan oleh pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu ayah.
Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS.
Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yg awak nak kan? Nak beranak kat h0sp1tal ni”. Aku pun tanya lah apa maksud suami dia cakap macam tu.
Dia kata mereka ada lalu kat depan Gleneagles masa Gleneagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nk anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Gleneagles.
Lepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed & deposit dgn suami dia.
Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sbb ikut h0sp1tal policy, mmg kena bayar deposit atleast 80% from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016).
Dia memang book single ward masa tu. Suami dia jawab “Ada encik, saya mmg ada bawa cash RM10,000 ni. OT siang malam ni encik nak kumpul duit ni”. Sambil dia ketawa bangga. Kesian juga lah aku dengar sbb suami dia kerja biasa2 je.
Lepastu suami dia tanya lagi, “Kenapa tadi encik kata estimated cost? Bukan ke memang RM10,000 untuk beranak operate kat sini?”.
Aku pun cakaplah berdasarkan pengalaman aku kerja situ, tak pernah lagi ada LSCS case yang bil dia RM 10,000 sebab bergantung pd keadaan isteri dia & baby dia.
RM10,000 tu cuma anggaran kes LSCS paling simple je. Selalunya LSCS case dlm RM 11K-13K bergantung pd case. Kalau ada complication, lg mahal lah..
Aku bukan nak takutkan suami dia tapi aku tak nak bagi harapan palsu. Muka suami dia terus berubah.
Kesiannya duit ngam-ngam je
Suami dia cakap “Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dlm akaun sy tu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.
Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nk ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul2 duit dia cuma ngam2 sbb due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya & isteri dia belum ada contraction.
Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sbb estimated cost utk double bedded LSCS cuma RM8,000 lebih je masa tu.
Lepastu suami dia jawab “Tak apalah encik. Proceed je. Mmg dia teringin nak beranak kat sini. Lagipun kalau duduk kat ward 2 org, sy tak boleh teman dia tidur kan?”.
Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pd isteri dia tu, muka isteri dia mmg nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa s4kit lagi. Hehe.
Selang dua hari lepas tu aku tgk dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih tak dapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambah lah.
So pada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat h0sp1tal yg gah sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu.
Ni baru2 tengok Siti beranak kat Gleneagles, jgn plak terus teringin beranak kat Gleneagles.
Kesian kat suami tu. Bertolak ansur lah. Duit tu boleh buat benda lain yg lebih penting lagi lepas baby tu dh keluar.
Jangan lupa pengorbanan suami juga
Kalau yg betul-betul mampu, silakan lah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat h0sp1tal swasta. Alangkan staf h0sp1tal yg dapat diskaun tu pun takut nak beranak kat h0sp1tal tu.
Selalu org sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung & melahirkan anak. Ye, mmg tak ada sesiapa dpt nafikan pengorbanan isteri & ibu tapi tak ramai yg sebut pengorbanan suami yg macam ni.
Ada penambahan sikit. Aku bukan anti h0sp1tal swasta lah. In fact, akak & adik aku pun bersalin kat h0sp1tal swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tgk lah pd bajet anda.
Yg aku cerita dlm posting sebelum ni, suami dia tak berapa mampu tapi dia nak duduk h0sp1tal 5 star. Dan aku advice suami dia utk pergi GH tu sebab kami ni staf h0sp1tal, DILARANG promote h0sp1tal swasta lain. Sebab tu aku suggest suami dia pergi GH.
Bayangkan, anda tidak berapa ada kemampuan tapi anda nak pergi bersalin kat h0sp1tal yg kosnya cecah RM12,000 utk LSCS sedangkan anda boleh bersalin dgn kos cuma RM5,000 kat h0sp1tal swasta lain.
Lebih elok jika duit tu anda simpan untuk keperluan anda dan keluarga anda selepas anda bersalin. Bagi yang berkemampuan atau yg nak 1st class service & treatment, dialu-alvk4n ke h0sp1tal mewah (Gleneagles, Prince Court etc).
Tepuk dada, tanya selera. Apa-apa pun, terpulang pd anda nk bersalin kat mana sebab itu duit anda & anak anda. Buatlah perbincangan antara suami & isteri. Kerana suami & isteri ada pengorbanan masing-masing
Sumber: Mohd Hilmi Ahmad Adnan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : wowberita