Shiqin ‘angin’ selebriti lelaki us1k bentuk badan

KUALA LUMPUR: Tidak tahan saiz tubuhnya sering dijadikan bahan gur4uan di kalangan selebriti lelaki, pelakon, Shiqin Kamal bertindak membuat pended4han menerusi tangkap layar ‘body shaming’ yang dilakukan seorang pelawak terhadapnya menerusi Instagram (IG) Story, baru-baru ini.

Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Lagenda Budak Setan itu berkata, dia tidak boleh menahan sabar dan banyak memendam rasa apabila saiz badan jadi bahan us1kan selama lebih sedekad bergelar pelakon.

Bukan tidak boleh bergur4u, sebaliknya semakin dibiarkan makin menjadi us1kan terhadapnya, seolah-olah dirinya tidak mempunyai hati dan perasaan.

Justeru, pelakon berusia 29 tahun itu membuat pended4han sebagai amaran supaya tiada gur4uan mahupun pertanyaan yang tidak sensitif menyentuh berat badan diajukan kepadanya.

“Ada yang tidak berpuas hati apabila saya membuat pended4han, baru-baru ini. Kononnya tidak boleh dibawa bergur4u. Bagi saya, kalau sesekali tidak mengapa, tetapi jika asyik diajukan pertanyaan sama selama sebelas tahun, siapa yang mampu bersabar?

“Saya melakukan pended4han supaya tiada lagi gur4uan menjengkelkan mengenai tubuh saya. Jujurnya, saya tak suka hal yang berkaitan dengan tubuh menjadi bahan gur4uan.

“Saya tak akan teragak-agak mended4hkan, tidak kiralah artis popular sekalipun. Lagipun, kebanyakan yang menegur adalah artis lelaki. Saya cukup rimas, lebih lagi mereka yang sudah berkahwin.

“Mereka tak terfikir, ada isteri dan anak perempuan. Cuba bayangkan bagaimana perasaan anak dan isteri jika berdepan gur4uan sedemikian?” kata Shiqin kepada BH Online.

Bekas graduan Sarjana Muda Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, teguran bukan sahaja boleh memberi impak kepada emosinya, malah menjejaskan mutu lakonannya.

“Saya pernah tak menjamah makanan selepas saiz badannya diusik di lokasi penggambaran. Gara-gara gur4uan tidak bertempat, saya mengambil tindakan drastik mengamalkan diet tidak sihat dengan hanya menjamah makanan sehari sekali atau sekeping roti untuk cepat kurus.

“Penghayatan dalam lakonan terganggu apabila sibuk memikirkan bentuk tubuh dan bimbang sudut kamera yang akan membuatkan tubuhnya nampak lebih besar di kaca televisyen.

“Saya tidak begitu mengamalkan soal penampilan pada awal kemunculan kerana keutamaan adalah pelajaran ketika itu. Bidang lakonan pula hanya dilakukan pada masa lapang.

“Jadi, saya tidak begitu kisah mengenai berat badan. Ini kerana saya akan kembali semula ke kampus untuk menyambung pengajian jika tidak berlakon,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak boleh berpura-pura, muka dan ‘mood’ akan terus berubah apabila ada yang menegur berat badannya.

“Saya pernah menerima mesej langsung daripada seorang pelakon lelaki ketika filem Degup Cinta ditayangkan, tidak lama dahulu.

“Tanpa salam atau pengenalan, pelakon lelaki itu terus menegur saiz badan saya. Tak dinafikan, tubuh agak berisi kerana penggambaran dijalankan tiga tahun lalu ketika saya masih belajar.

“Bagi saya, tindakan pelakon lelaki itu kurang sopan. Ia memberikan kesan kepada saya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya mula mengamalkan pemakanan sihat dan senaman,” katanya.

 

Sumber : BH Online