Lazimnya golongan selebriti sering dilihat memberikan hadiah-hadiah mewah kepada pasangan mereka sempena hari bermakna sebagai satu bentuk penghargaan.
Bahkan, ada yang sanggup membelikan pasangan sebuah kereta mewah hanya untuk meraikan ulang tahun kelahirannya insan yang tersayang.
Begitupun, lain pula gelagat yang ditonjolkan pelakon dan pelawak terkenal, Johan yang meraikan isterinya, Ozlynn sempena sambutan ulang tahunnya hari ini.
Menerusi satu entri di Instagram, Ozlynn berkongsi sekeping foto yang memaparkan hadiah berupa sebentuk jam tangan mampu milik ‘biasa’ yang diterima daripada suaminya itu.
Jam tangan berjenama Baby G itu turut disertakan dengan ucapan ringkas daripada Johan yang meminta maaf terhadap isterinya dengan pemberian hadiah yang dianggap tidak seberapa itu.
“Maaf sayang. Ni sahaja saya mampu…tapi, I love you,” tulisnya pada bahagian kotak jam tersebut.
Begitupun, Ozlynn menyifatkan tiada hadiah yang paling bermakna selain kurniaan sebuah keluarga yang bahagia yang sentiasa berada di sisinya.
“Tiada apa yang lebih membahagiakan selain keluarga yang dikasihi berada disisi. Terima kasih Allah atas peningkatan umur ini.
“Buat suamiku, akanku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yang serba kekurangan ini.
“Akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yang ada untuk membantumu ke syurga yang abadi. InsyaAllah,” coretnya.
Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak