KISAH rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa sedang bergolak terus mendapat perhatian netizen.
Menerusi Instagram, Puteri Sarah berkongsi mesej peribadi daripada seorang peminat yang berharap pasangan selebriti itu mempertahankan perkahwinan yang dibina demi anak-anak mereka.
“Sarah… saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif.
“Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dan halal kerana Allah.
“Maaf saya tak tahu apa berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay!,” tulis seorang pengikut.
Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat atas sokongan.
Membalas mesej tersebut, Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai rumah tangganya yang kini berdepan ujian.
“Memang banyak syaitan… tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat!,” jawabnya.
Pada Jumaat lalu, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.
Yusof dan isteri enggan masuk campur urusan anak.
Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.
Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.
Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.
“Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.
“Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.
Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.
Yusof diminta mengulas mengenai dakwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.
Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.
Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.
Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar