Anugerah Meletop Era 2019 sudahpun melabuhkan tirainya dua hari yang lepas dengan menobatkan Siti Nordiana sebagai Artis Top Top Meletop Wanita dan Khai Bahar sebagai Artis Top Top Meletop Lelaki. Walau bagaimanapun, bahang kehangatannya masih dirasai sehingga ke hari ini.
Ramai penonton yang tidak dapat move on dengan persembahan pembukaan yang menampilkan para pengacara AME2019, Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse menari dengan begitu meyakinkan. Sudah semestinya ketiga-tiga pengacara ini berjaya menjadikan mood AME lebih meriah dengan persembahan pembukaan yang tidak dijangka.
Persembahan tarian daripada Neelofa serta Nabil tidak dapat disangkal lagi dan sudah pasti ‘Ratu Parodi’, Jihan Muse, tidak menghampakan. Tampil cantik berbusana Puteri Perak persis sekali Dato’ Seri Siti Nurhaliza, kemunculannya benar-benar memberi warna kepada para hadirin.
Namun begitu, reaksi daripada suami Jihan iaitu Ungku Haris benar-benar menarik perhatian netizen di laman sosial. Dia kelihatan sangat terhibur dengan persembahan isterinya dan dihujung penampilan tersebut kelihatan pelakon itu bangun memberikan standing ovation.
Ungku Haris yang berada di bahagian penonton sempat tertangkap oleh kamera siaran langsung sedang sakan menari sambil duduk dan benar-benar menikmati persembahan Jihan.
Rata-rata netizen telah memuji tidakan Ungku Haris kerana kelihatan sangat menyokong apa kerjaya Jihan sebagai penghibur. Mereka turut memberitahu bahawa penyokong terbaik adalah daripada suami sendiri seperti yang dilakukan oleh Ungku haris kepada isterinya.
VIDEO:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Ini Alannn, Meletop / infosebenar via Express Viral