Pelakon Dr Norzizi Zulkifli memberitahu impiannya untuk memiliki title Prod Madya tidak dapat direalisasikan sebelum pem3rgian bapanya Datuk Zulkifli.
Namun Norzizi berazam impian itu akan dilaksanakan walaupun bapanya tidak dapat melihat kejayaan tersebut.
“Sejak kecil saya dah menanam impian ini. Masa darjah 4 macam tu, saya dah conteng-conteng nama saya di buku conteng sekolah rendah as Prof Madya Dato Dr Norzizi Haji Zulkifli.
“Tahun lalu, saya minta Papa “Pa, doa-doalah Zi jadi Prof Madya. Nanti-nanti Zi nk apply!”. Jadi sayapun tak ada lah mohon lagi tapi siap-siapkan dulu segala keperluan untuk nak mohon Prof Madya.
“Bukan senang, banyak yang perlu disiapkan, Dan tahun ni ingat nanti-nanti nak mohon tapi tu lah nak isi borang dan siapkan keperluan pun banyak. Itu belum masuk benda-benda yang belum layak nak kena disiapkan.
“Sekarang Papa dah tak ada dan tahun lepas dia ada cakap “Hang suruh aku doa,aku dah doa tapi hang tak mohon2!” Ada nada kec3wa disitu.
“Sekarang, ia bukan lagi cuma impian saya. Ia dah menjadi impian bersama! Nanti ok Pa!,” katanya.
Norzizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut dia memuat naik foto di hadapa tempat letak kereta berjawatan Profesor Madya.
allahy4rh4m yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar mengh3mbuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib pada 5 September lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak