“Mujur Saya Tak Stay Di KL Kalau Tak…” – Ibu Aju Men1ngg4l Dunia Dua Hari Selepas Sesi Fotografi GV7

Vokalis kumpulan Success, Aju meluahkan rasa lega kerana sempat bertemu ibunya sebelum allahy4rh4m mengh3mbuskan nafas terakhirnya pada 6 September lalu.

Aju berkata, allahy4rh4m ibu Hanisah Hj Ismail men1ngg4l dunia pada usia 70 tahun akibat j4ngk1tan kum4n pada buah pinggang dan kegagalan organ.

“Sebenarnya saya berbelah bahagi untuk hadir sesi fotografi Gegar Vaganza 7 (GV7) pada 4 September lalu, tetapi ibu kata tak perlu bimbang dan dia minta saya pergi.

“Bila sampai di KL, sepanjang sesi fotografi fikiran saya hanya pada ibu dan tidak begitu fokus kerana bimbangkan arw4h.

“Perasaan tersebut juga yang menyebabkan saya bergegas pulang ke Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan sebaik sahaja sesi fotografi tamat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(6september) Al-fatihah kepada bonda Aju,semoga syurga firdaus buat bondaku Aamiin❤

A post shared by aju success (@ajusuccess_official) on

“Saya bersyukur kerana Allah SWT jentik hati saya untuk terus pulang dan tak stay di sini (Kuala Lumpur), kalau tak mesti saya tidak dapat bertemu dengan arw4h buat kali terakhir,” katanya seb4k.

Tambah Aju, dia sempat meluangkan masa kali terakhir bersama allahy4rh4m ibunya selama dua hari berturut-turut di h0sp1tal.

“Alhamdulillah, saya sempat bermanja dengan ibu sehingga saat dia mengh3mbuskan nafas terakhir. Selama ini ibulah tempat saya bermanja.

“Saya anak bongsu, selepas ayah saya men1ngg4l ibulah segalanya buat saya. Saya mengaku saya ini ‘anak emak’. Terasa hilang separuh nyawa saya,” katanya.

Mengulas mengenai penyertaannya dalam GV7, Aju berkata selepas pem3rgian ibu, pentas GV menjadi tempat untuknya menghilangkan rasa kehil4ngan.

“Saya tahu pentas GV7 adalah tempat bertanding, tetapi saya berserah kepada Allah SWT, jika ada rezeki buat saya sehingga ke peringkat akhir nanti…adalah,” katanya.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

GV7 menampilkan Farm Fresh sebagai penaja utama dan Cuckoo selaku penaja bersama serta Digi merupakan Telco rasmi musim ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak