Warga Emas D4if Tinggal Dalam Hutan, Ada 6 Anak Tapi Langsung Tak Peduli

Setiap manusia di atas muka bumi Tuhan jadikan berbeza-beza jalan hidupnya. Kadangkala, sesetengah kelompok masyarakat terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain gara-gara kedaifan hidup. Begitulah juga dengan kisah seorang warga emas yang tular suatu ketika dahulu.

Andaiterjadi sesuatu hanya tawakal sahaja..

 Menerusi laman Twitter, gadis bernama Nafeeysa ceritakan kembali pengalamannya bertemu dengan warga emas tersebut yang meminta bantuannya pulang ke rumah di Sungai Siput. Menurutnya, Pak Aid telah dit1pu dan ditinggalkan oleh seseorang di tepi jalan. Biarpun terpalit rasa was-was, namun Nafeeysa tetap tawakal dalam meneruskan niat murninya membantu lelaki tua itu.

 

 

Biasalah anak-anak bila dah kahwin, kita dah takda hak atas mereka.. 

Warga emas berkenaan memberitahu yang dia ada enam orang anak, namun tiada seorang pun yang mempedulikannya. Manakala isterinya pula dihantar ke sebuah pusat perubatan psikiatri. Gara-gara menetap sendirian serta hidap masalah penglihatan dan pendengaran, pak cik terbabit terpaksa minta ihsan orang ramai demi melangsungkan hidupnya.

Dia turun dari kereta & terus masuk hutan gelap, lampu pun takda.. 

Tidak lama selepas itu, Pak Aid minta mereka menurunkannya di tepi jalan kerana hampir sampai. Bagaimanapun terdetik rasa kasihan dalam diri Nafeesya saat melihat keadaan warga emas berkenaan yang begitu uzur berjalan kaki membolosi hutan gelap.

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.updateberitaharian.site