Suku Himba atau dikenali sebagai ‘suku merah’, merupakan suku yang berasal dari utara Namibia dan wanita Suku Himba diakui sebagai yang paling cantik di seluruh Afrika. Sebagai penduduk minoriti, suku ini mempunyai penduduk sekitar 50 ribu sahaja di Afrika.
Suku Kaum Yang Tidak Pernah Mandi
via Pinterest
Menurut Intisari Online, suku Himba terkenal dengan penduduknya yang tidak perah mandi. Geografi dan persekitaran tempat tinggal mereka yang merupakan tempat paling ekstrem di bumi dengan iklim padang pasir menjadikan wilayah ini mengalami kekurangan air.
‘Mandi’ Menggunakan Otjize
via Pinterest
Otjize adalah sapuan berwarna merah diperbuat daripada tanah merah dan dicampurkan bersama lemak dan mentega untuk menjadikan campuran itu likat dan boleh mengeras. Mereka memilih merah kerana kepercayaan bahawa merah adalah simbol bumi dan darah. Oleh kerana mereka tidak mandi, mereka menggosok badan mereka dengan Otjize sebagai ganti.
Otjize Berfungsi Sebagai Pelindung Kulit Dan Rambut
via Stepehkrins
Otjize akan disapukan diseluruh kilit kerana sapuan ini dapat melembabkan kulit sekaligus melindungi kulit mereka dari sinar matahari dan serangga. Bukan itu saja, menurut Intisari Online, suku Himba ini akan menggunakan sapuan ini di sekitar rambut yang dibentuk mengikut status perkhawinan mereka.
Disebabkan tidak mandi, wanita suku Himba percaya bahawa dengan menggunakan otjize ini tubuh mereka bersih tanpa perlu mandi menggunakan air. Jadi untuk anda yang malas mandi, mungkin boleh amalkan cara ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://murai.my/