“Jangan Buat Hal Andra! Tidur Luar Ayah Malam Ni!” – Terkejut Tomok Bila Andra Tiba-Tiba Panggil…

Kalau dah budak-budak, kadangkala tersalah sebut. Perkara biasalah tu. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada ketika pula rasa macam tak senang duduk.

Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra tersalah sebut.

“Secara spontan Andra cakap kat Dibu lepas mandi tadi..’mama’ ‘mama’.

“Lalu dibu terus memandang tepat kat mata aku lalu cakap ’mama mana pulak?” tulis Tomok.

“Jangan buat hal Andra.. Benda yang takda jangan di ada-adakan. Tido luar ayah malam ni nanti,” seloroh Tomok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

secara spontan andra cakap kat dibu lepas mandi tadi..’mama’ ‘mama’ . lalu dibu terus memandang tepat kat mata aku lalu cakap ’mama,mana pulak’ . jangan buat hal andra..benda yg takda jangan di ada-adakan..tido luar ayah malam ni nanti 🤒

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Rata-rata peminat memberikan komen yang agak menyeronokkan untuk dibaca.

“Lain macam Andra buat lawak. Ayah yang ketar lutut tu. Haha,” tulis @emma_razak.

“Hahahaha kecut perut kena pandangan maut,” sambung @eyka_aziz19.

“Dibu mohon buat siasatan”, seloroh @sayang_syafiqah.

“Hahaha… Benda macam tu jangan dibuat main Andra,” tulis @mohdshahrilabuhasan.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan berkahwin dengan Rahayu Abas dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian Shah dan Andra Anrashah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak