Pak Ya bersara jadi ‘pak guard’, Lan Pet Pet kata “terima kasih transfer pahala”

WARGA emas yang menjadi m4ngsa pvkvl pelawak Lan Pet Pet dalam kejadian 6 April lalu, Yahya Manaf mendedahkan dia bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai pengawal keselamatan bermula Jumaat ini.

Yahya, 69, berkata, dia mahu berehat selepas melalui pengalaman paling buruk sepanjang lima tahun bekerja sebagai ‘pak guard‘.

“Esok (Khamis) merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park, Desa Jati di Nilai, Negeri Sembilan.

 

“Keputusan untuk berhenti sudah lama difikirkan, namun saya makin nekad selepas kes ini berlaku. Sudah tiba masanya untuk berehat sahaja di rumah,” katanya kepada mStar.

Pak Ya ditemui di pondok pengawal Acacia Park pada Rabu.

Yahya atau Pak Ya itu ditemui di Pondok Pengawal Acacia Park, Nilai, pada Rabu.

Sebelum itu, menerusi laporan sebuah portal berita, Yahya mengadakan pertemuan dengan pelawak berusia 50 tahun itu pada malam Selasa.

Mengulas mengenai perkara itu, Yahya berkata, dia menerima permohonan maaf daripada Lan Pet Pet dengan hati terbuka dan tidak menyimpan dendam.

“Buat masa ini saya diminta untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perbincangan kami semalam, namun saya sudah tidak menyimpan dendam terhadap Lan Pet Pet.

“Kami sudah sama-sama bermaafan secara terbuka pada pertemuan semalam.

“Saya juga sudah berbincang dengan keluarga mengenai pembatalan saman terhadap Lan dan seperti dijanjikan, kutipan dana untuk membantu kos guaman berjumlah lebih RM4,000 yang berjaya dikumpul persatuan penduduk juga akan diserahkan kepada surau berdekatan,” tambah Yahya.

Sementara itu, Lan Pet Pet membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial Instagramnya selepas hampir tiga minggu berdiam diri. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima Kasih Allah Hu Akbar…Alhamdulilah Berkat Selamat…#Maafkan Saya

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet) on

Lan Pet Pet buat permohonan maaf di IG.

Bekas ahli kumpulan Senario itu memuat naik foto dengan ayat ” Nak kutuk? Kutuklah. Biar sampai puas, terima kasih pindahkan pahala awak kat saya”.

“Terima Kasih Allahuakbar… Alhamdulilah berkat selamat… Maafkan saya,” tulisnya pada kapsyen.

Beberapa minggu lalu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelawak Lan Pet Pet mengasari pengawal keselamatan tersebut di sebuah pondok pengawal.

Mazlan dikatakan menumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa selepas ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Akibat kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Setelah seminggu insiden itu berlaku, Lan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin lalu dan didenda sebanyak RM2,000.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar