KUALA LUMPUR: Penyanyi Gugurnya Bunga Cinta, Nizam Laksamana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, kelmarin.
Dalam perkongsian menerusi laman Instagram malam tadi, Nizam, 54, memberitahu, dia terbang ke Sabah pada 23 September lalu atas urusan kerja, bukan bercuti.
Bagaimanapun, tindakan Nizam dipertikaikan netizen berikutan ke lokasi yang diketahui penularan pandemik COV1D-19 semakin teruk.
“Pada netizen yang mar4h-mar4h dan bertanya, kenapa sudah tahu ada kes pergi juga? Ini jawapan ikhlas saya.
“Sebagai ketua keluarga, saya perlu memastikan atas meja ada makanan untuk dihidangkan buat anak-anak. Saya tidak mahu meminta-minta, Tuhan tahu niat saya,” tulisnya.
Nizam berkata, setakat ini, dia tidak mengalami sebarang g4nggu4n kesihatan, tetapi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebagai kewajipan dan langkah berjaga-jaga.
“Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 12.10 malam pada Ahad lalu. Sebaik tiba, semua penumpang diarahkan masuk ke tempat menunggu untuk saringan COV1D-19.
“Proses menunggu memakan masa yang cukup lama, saya hanya dapat menjalani saringan ketika azan Subuh berkumandang.
“Selepas sampel diambil melalui tekak dan hidung, saya diberi penerangan mengenai proses menjalani kuarantin di rumah. Saya juga dipakaikan gelang berwarna pink untuk tempoh 14 hari. Bermakna sepanjang tempoh ini, saya tidak dibenarkan untuk keluar rumah,” katanya.
Katanya, sekiranya ujian saringan pertama negatif, dia perlu menjalani saringan untuk kali kedua di klinik berhampiran.
“Jika keputusan kedua menunjukkan negatif, bermakna saya bebas COV1D-19. Tetapi, jika keputusan sebaliknya, jadi bersedialah untuk ambulans datang ke rumah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kongsi Nizam yang berdoa keputusan yang diterima negatif.
Bagaimanapun, katanya, dia reda dengan apa sahaja keputusan, malah bersedia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut sekiranya didapati positif.
Nizam berkata, dia mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu sentiasa memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan, memakai alat sanitasi, mandi dengan kerap dan menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada di Sabah.
“Saya akan terus balik ke hotel dan mandi setiap kali selesai mengadakan persembahan. Sepanjang berada di sana suhu badan juga normal.
“Isteri sudah menyediakan bilik khas untuk saya sebaik sampai di rumah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan tiada sebarang sentuhan selama tempoh kuarantin. Saya juga diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa,” katanya.
Nizam sempat menitipkan pesan kepada mereka yang senasib dengannya.
Katanya, jangan ingkar keluar rumah jika sudah memakai gelang tangan merah jambu.
“Akur arahan tidak ke mana-mana. Apabila sudah memakai gelang merah jambu, secara seriusnya kita perlu mematuhi arahan tidak boleh keluar rumah dan sentiasa berada dalam bilik yang disediakan.
“Jangan bersikap degil dan ingkar kerana ia boleh membahayakan orang sekeliling dan membawa risiko j4ngkitan,” katanya
Sumber : BH Online