Pelakon Mia Ahmad memaklumkan anak lelakinya, Sayf Issa terpaksa dikejarkan ke pusat perub4tan awal pagi semalam.
Menurut Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, Issa menggelet4r ketika sedang tidur namun punca peny4kit tidak didedahkan.
“Pukul 2 pagi Issa menggeletar dalam tidurnya. Kesian baby boy,” tulisnya di Instagram Stories. Perkongsian itu disertakan dengan foto Issa sedang mendapatkan raw4tan.
Dalam pada itu, isteri kepada Mohd. Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) turut menitipkan ucapan sempena hari kelahiran Issa yang kedua pada 28 September lalu.
Dalam petikan itu, pelakon drama Hati Perempuan memohon untuk sama-sama mendoakan agar kesihatan Issa kembali seperti biasa.
“Kepada anak pertama yang dilahirkan, Sayf Issa. Hari anda datang ke dunia adalah hari yang mengubah hidup saya selama-lamanya.
“Anda membuat saya jadi ibu. Saya mengambil masa untuk memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku. “Anakku,
aku mencintaimu sebelum aku mengenalimu, aku mencintaimu sekarang, setiap hari di antara, dan setiap hari selepas ini.
“Tidak kira bagaimana dunia kita berubah, anda akan selalu menjadi yang pertama. Kami akan saling mencintai, dan akan membesar bersama,
dan saya teruja melihat masa depan. “Issa kurang sihat hari ini, minta semua doakan Issa cepat sembuh ya,” tulisnya lagi. Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa dan Iris. Masih mencuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Mia, namun belum menerima sebarang respons.
Buka buku baru
BARANGKALI kisah hitam yang melanda rumah tangga pelakon Mia Ahmad dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT),
Mohd Izham Tarmizi Roslan akan sentiasa terpahat dalam memori dan menjadi iktibar terbaik buat kedua-duanya.
Siapa sangka, pada saat gembira menyambut kelahiran zuriat sulung, Sayf Issa, tahun lalu, pelakon drama Hati Perempuan itu melalui saat getir berhadapan dakwaan suaminya tidak setia.
Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina sejak 13 Januari 2017 itu kembali terjalin utuh dan semakin mewangi dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.
Mia ketika ditemui menepis dakw4an segelintir pihak mengatakan dia sengaja membuka aib suaminya apabila membongkar masalah rumah tangga yang melanda.
Sebaliknya Mia berkata, tidak semua wanita pernah mengalami situasi sepertinya membuatkan ramai tidak faham keputusan yang diambil ketika itu.
“Dalam tempoh ketika saya masih berpantang dan lemah, tiada siapa yang akan faham keadaan ketika itu.
“Walaupun macam-macam orang cakap pasal saya, tapi tak semua orang faham. Cuma suami saja tahu kenapa saya bertindak sedemikian. “Apapun saya sudah move on dan bahagia melayari alam rumah tangga bersama suami.
Saya sudah tidak mahu pandang ke belakang kerana semuanya sudah kembali pulih dan kami seronok membesarkan anak bersama-sama,” katanya.
Menurutnya, ujian yang melanda turut mengingatkan mereka untuk muhasabah diri dan balik kepada asas hidup untuk lebih dekat dengan Allah SWT.
“Saya banyak muhasabah diri dan balik kepada asas hidup untuk lebih dekat dengan Allah SWT.
“Mungkin apa yang berlaku ini kadangkala disebabkan diri kita yang terleka untuk mendekatkan diri dengan-Nya dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap Allah dalam menentukan hala tuju rumah tangga kami,” katanya.
Mia turut menjelaskan sokongan keluarga dan kehadiran anak diakui menjadi pemangkin semangatnya. “Sudah tentu keluarga terutama kedua-dua ibu bapa saya.
Biarpun saya sedar mereka berusia dan tidak adil untuk mengetahui masalah rumah tangga kami pada ketika itu, saya perlu berkongsi dengan mereka untuk tidak berdepan dengan tekanan.
“Alhamdulillah, ibu bapa banyak memberikan nasihat kepada kami untuk mencari jalan penyelesaian selepas melalui segala macam perkara dalam rumah tangga.
“Malah ketika saya memilih untuk hidup bersama, saya nekad untuk tidak membuka cerita yang berlaku.
Apabila ada yang bertanya apakah puncanya, saya tidak akan berkongsi kerana percaya ia akan membawa kemudaratan nanti,” katanya.
TIDAK KAWAL SUAMI
Ditanya adakah dia mengawal suaminya selepas kejadian burvk yang menimpa rumah tangganya,
Mia berkata, dia tidak mahu memberi tekanan kepada dirinya untuk mengawal pergerakan suaminya itu.
Sebaliknya dia meletakkan kepercayaan dan naluri seorang isteri dalam dirinya.
“Ketika saya memilih nak berkahwin dulu ramai yang memberi nasihat dan memberitahu per4ngai sebenar pemain bola,” katanya.
Namun katanya, pada saat memilih untuk bersama dengan suami, dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pasangannya itu dan tidak mahu fikir apa yang orang perkatakan.
“Bagi saya, lebih baik buat hal sendiri. Lagipun kalau benda burvk nak berlaku depan mata pun boleh buat.
Saya tidak mahu menjadi isteri yang mengawal suami. “Saya lebih percaya Tuhan dan seandainya dia buat per4ngai,
Tuhan pasti memberi petunjuk,” katanya.
RINDU BERLAKON
Sejak bergelar ibu pada September 2018, Mia mengakui seluruh masanya memang ditumpukan buat anak tersayang, Sayf Issa yang kini berusia tujuh bulan.
Walaupun ada tawaran berlakon yang diperoleh, Mia sanggup menolaknya kerana belum masa untuk dia kembali aktif berlakon seperti dulu.
“Memang rindu nak kembali berlakon tapi keadaan tidak mengizinkan kerana anak masih kecil.
Sukar untuk saya berjauhan dan tinggalkan dia terlalu lama di rumah. “Saya memang nak kembali ke set penggambaran,
tapi tak tahulah bila boleh aktif semula. Sekarang, memang bukan masanya kerana fokus utama saya pada anak,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : TambahKeju