“Tinggalkan Orang Yg Kita Sayang Demi…” – Fazura

Semangat ibu mengandung ketika bekerja sukar dijangka. Itulah yang dilakukan pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura.

Walaupun kini sarat ham1il dan akan melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi, Fazura tetap mencari kesempatan untuk melancarkan lagu baharu berjudul Noktah.

Lagu istimewa ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong itu menceritakan pasangan yang tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan hubungan mereka.

Perjalanan ceritanya berkisar daripada sudut pandang wanita yang berada dalam hubungan itu, di mana dia harus tetap kuat menghadapi segala kekecewaan dengan pasangannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A memorable night that I will cherish for a lifetime. Thank you to my husband @fattahaminz , my best friend @rizman.n and the rest of my beloved besties who took the time and all the effort to organize for me, a truly special surprise birthday celebration and baby shower. There were many super fun games, beautiful speeches by my besties, my loving husband singing his beautiful song “Kiriman Agung” for the first time that is dedicated to our soon-to-be-born baby and us just gathering together watching an emotional video of our memories together over the years compiled by @rizman.n himself. I can safely say that we’re all still quite emotional til now and that is proof of a beautiful, one-of-a-kind friendship. I am so grateful for each and everyone of you for being in my life. For always having my back and for loving me through the ups and downs of life. Thank you sahabats. (wish I could tag your names here but you know who you are :’) Love you guys so much. 💖

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Apa yang pasti, wanita itu sentiasa mengingati detik-detik bahagia pernah dilalui dengan lelaki dicintai, yang malangnya harus berakhir dan bertemu titik noktah.

Menurut Fazura, dia yakin lagu itu mampu melekat di jiwa pendengar terutama wanita kerana pastinya ramai pernah melalui kisah percintaan sed1h dan memilvk4n.

“Saya pasti setiap wanita pernah merasa tiada harapan apabila berada dalam satu jalinan hubungan cinta yang mempunyai toksik.

“Tak mudah sebenarnya untuk men1ngg4lkan seseorang yang kita sayang, tapi harus melakukannya demi kebaikan sendiri.

“Apa yang penting, sudah tentu kita perlu menghorm4ti dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu dan belajar men1ngg4lkan sesuatu yang gagal untuk dipertahankan,” katanya.

Melihat pada karya ciptaan Ezra Kong, tak dinafikan hingga kini dia sudah banyak menghasilkan rangkaian lagu hit untuk carta muzik Malaysia.

Dikenali sebagai seorang yang agak memilih dari segi kerjanya dan dengan siapa dia akan bekerja, Ezra selalunya menghasilkan tiga hingga empat lagu sebulan dengan sentuhan sangat teliti.

“Saya suka mencipta satu pesona dan cerita pada setiap hasil kerja dibuat untuk membantu pendengar merasa lebih dekat dengan sesuatu lagu itu.

“Justeru, untuk lagu Noktah ini saya yakin hampir setiap orang daripada kita pernah melaluinya dan ia juga sebagai peringatan untuk belajar kuatkan diri cuba melepaskan sesuatu apabila perlu,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong pula, pihaknya sangat teruja dengan pelancaran lagu Noktah yang berlangsung baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yup, still very pregnant and here comes 37 weeks. 🤍

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Katanya, walaupun dilihat sarat mengandung namun, tiada apa yang dapat menghalang Fazura untuk muncul dan bekerjasama melancarkan lagu Noktah.

“Dia (Fazura) nampaknya masih lagi gigih bekerja dan baru-baru ini sempat juga melancarkan produk penjagaan kulit dengan jenamanya sendiri.

“Sekarang, dengan semangat juang yang tinggi dia tampil pula meluangkan masanya melancarkan lagu terbaharu, Noktah, sebelum menjadi seorang ibu,” katanya.

Bagi video muzik Noktah, ia diarah dan dihasilkan oleh Nadirah Zakariya bersama Junad M Nor dari

Layar Lucida, yang pernah menggalas tanggungjawab untuk pembikinan video muzik lagu Fazura berjudul Be Honest sebelum ini.

Menurut Nadirah, walaupun lagu Noktah bergenre balada yang mempunyai rasa kesed1han, namun dia tetap mahu video muzik dibuat dapat menonjolkan kekuatan dan ikatan antara persahabatan wanita.

Ujarnya, apa yang penting mesej cuba disampaikan ialah sesama wanita dapat memperkasa dan mengangkat martabat di antara satu sama lain.

Selain itu, gaun yang digayakan Fazura dalam video muzik lagu Noktah juga dibuat khas oleh Rizman Ruzaini, untuk mencipta saat-saat penting dalam hidupnya sebagai ibu h4mil dan ia turut memainkan peranan besar sebagai konsep diketengahkan.

Kini, lagu Noktah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer. Manakala, video muziknya juga sudah dimuat naik di saluran YouTube Fazura Official.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM