Lan Pet-Pet Nak Bawa Pak Ya Pergi Umrah

Pelawak Lan Pet-Pet merancang untuk membawa pengawal keselamatan, Pak Ya dan isterinya mengerjakan umrah.

Niat tersebut terdetik di hati Lan Pet-Pet selepas bertemu Pak Ya dan keluarganya pada Isnin, di kediaman warga ema situ untuk memohon maaf.

Anggota kumpulan Senario itu juga bersyukur Pak Ya dan dan keluarga, memaafkan dirinya dan melayan dengan baik pada pertemuan itu.

“Berminggu-minggu fikiran saya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya dan keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima Kasih Allah Hu Akbar…Alhamdulilah Berkat Selamat…#Maafkan Saya

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet) on

“Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.

“Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu.

“Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum,” katanya seperti dilapor Berita Harian Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet) on

Lan Pet-Pet berkata, dia akan ingat pesanan Pak Ya supaya tidak mengulangi kesilapan.

“Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu.

“Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya

merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumpa saya di Butik Zapatos di Usj 10 Subang Jaya esok jam 12pm-6pm. Mai kasssss wey kasut muqah-muqah !!! 👍👍👍 . Berkat Selamat.

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet) on

Pada 15 April lalu, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Lat Pet-Pet mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof atas kesalahan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati pada 6 April lalu. Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu membayar denda diputuskan mahkamah. – Berita Harian Online

Pak Ya bersara jadi ‘pak guard’, Lan Pet Pet kata “terima kasih transfer pahala”

WARGA emas yang menjadi mangsa pvkul pelawak Lan Pet Pet dalam kejadian 6 April lalu, Yahya Manaf mendedahkan dia bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai pengawal keselamatan bermula Jumaat ini.

Yahya, 69, berkata, dia mahu berehat selepas melalui pengalaman paling buruk sepanjang lima tahun bekerja sebagai ‘pak guard’.

“Esok (Khamis) merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park, Desa Jati di Nilai, Negeri Sembilan.

“Keputusan untuk berhenti sudah lama difikirkan, namun saya makin nekad selepas kes ini berlaku. Sudah tiba masanya untuk berehat sahaja di rumah,” katanya kepada mStar.

Pak Ya ditemui di pondok pengawal Acacia Park pada Rabu.

Yahya atau Pak Ya itu ditemui di Pondok Pengawal Acacia Park, Nilai, pada Rabu.

Sebelum itu, menerusi laporan sebuah portal berita, Yahya mengadakan pertemuan dengan pelawak berusia 50 tahun itu pada malam Selasa.

Mengulas mengenai perkara itu, Yahya berkata, dia menerima permohonan maaf daripada Lan Pet Pet dengan hati terbuka dan tidak menyimpan dendam.

“Buat masa ini saya diminta untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perbincangan kami semalam, namun saya sudah tidak menyimpan dendam terhadap Lan Pet Pet.

“Kami sudah sama-sama bermaafan secara terbuka pada pertemuan semalam.

“Saya juga sudah berbincang dengan keluarga mengenai pembatalan saman terhadap Lan dan seperti dijanjikan, kutipan dana untuk membantu kos guaman berjumlah lebih RM4,000 yang berjaya dikumpul persatuan penduduk juga akan diserahkan kepada surau berdekatan,” tambah Yahya.

Sementara itu, Lan Pet Pet membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial Instagramnya selepas hampir tiga minggu berdiam diri. 

Bekas ahli kumpulan Senario itu memuat naik foto dengan ayat ” Nak kutuk? Kutuklah. Biar sampai puas, terima kasih pindahkan pahala awak kat saya”.

“Terima Kasih Allahuakbar… Alhamdulilah berkat selamat… Maafkan saya,” tulisnya pada kapsyen.

Beberapa minggu lalu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelawak Lan Pet Pet mengasari pengawal keselamatan tersebut di sebuah pondok pengawal.

Mazlan dikatakan menumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa selepas ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Akibat kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Setelah seminggu 1nsiden itu berlaku, Lan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin lalu dan didenda sebanyak RM2,000.

VIDEO: 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak via mStar