LAIN orang lain hobinya. Ada yang suka hobi murah dan ada juga yang sanggup berhabisan demi kepuasan diri.
Seperti seorang peniaga pasar malam yang dikenali sebagai Mohamad Fauzi Kamaruddin, dia tidak kisah menghabiskan ratusan ribu ringgit demi hobi.
Hobi Mohamad Fauzi mengumpul artifak bersejarah termasuk sebilah pedang dianggar berusia 300 tahun yang dipercayai digunakan untuk memancung kepala pesalah pada zaman itu.
Memetik laporan portal media tempatan, pemuda berusia 38 itu berkata, dia mula mengumpul barang bersejarah sejak usia belasan tahun dan menjadikan kediamannya di Jalan Kuala Krai sebagai galeri yang dinamakan Galeri Kraf Warisan Purba untuk menempatkan lebih 10,000 artifak miliknya.
Di kediaman beliau juga terdapat pelbagai artifak seperti ped4ng, ker1s, lemb1ng, ukiran pintu dan tingkap, cincin, pinggan mangkuk termasuk basikal lama yang dipamerkan.
“Artifak ini yang sebahagian besar merupakan tinggalan zaman Kesultanan Melayu Kelantan dan Patani, kini tidak ternilai harganya dan saya kumpul untuk ditatap generasi muda.
“Lihat ped4ng yang dipanggil `Ped4ng hukvman’ ini yang dianggar berusia 300 tahun, masih ada kesan dar4h dan dipercayai digunakan untuk mem4ncung kepala pes4lah pada zaman tersebut,” katanya.
Mohamad Fauzi berkata, antara koleksi beliau yang disifatkan unik ialah sembilan bilah keris lama yang dibuat oleh penempa terkenal dari tanah Jawa digelar ‘Pandai Saras’, lebih 100 tahun lalu.
“Dikatakan penempa ini pernah menetap di Kelantan bagi membuat senjata untuk panglima Istana Kelantan ketika itu,” katanya.
Koleksi lain ialah beberapa bilah kap4k kecil yang dipercayai pernah digunakan oleh pengikut Tok Janggut ketika menent4ng British di Pasir Puteh.
Mohamad Fauzi juga tidak keberatan sekiranya ada mana-mana pihak berhasrat membuat kajian terhadap artifak yang dimilikinya itu demi manfaat bersama.
Fuh, bukan kaleng-kaleng koleksi pemuda ini kan? SinarPlus sendiri kalau berkesempatan teringin juga nak melawat galeri Mohamad Fauzi.
Dapat lihat depan mata pedang mem4ncung berusia ratusan tahun itu juga dah kira satu bonus!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar