‘S3ksi Sangat Tu’ – ‘Upload’ Foto Anak Pakai Baju Tak Cukup Kain, Che Ta Ditarbiah Netizen

Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan yang sering tampil bergaya dan up-to-date. Malah, dia dan keluarga mendapat perhatian apabila berpakaian sedondon setiap kali menghadiri sebarang majlis atau bercuti.

Terbaru, pakaian anak bongsu Che Ta, Aaisyah Dhia Rana menerima teguran netizen kerana dianggap terlalu s3ks1 dan terdedah. 

Love between mother and daughter

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Words are not enough to express the unconditional love that exists between a mother and a daughter.” 😘 @aaisyahdhiarana111 . . 📷 @blackpepperproduction . HAT @gethanna_b

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Menerusi gambar yang dimuat naik, Aaisyah dilihat sedang berbaring di riba ibunya memakai dress berwarna hijau turquoise dan skirt berwarna kuning. Momen tersebut dipercayai dirakam ketika mereka sekeluarga berada di Langkawi, Kedah.

Walau bagaimanapun, ruangan komen gambar tersebut dihujani teguran supaya Che Ta berhati-hati dalam memilih pakaian anak. Menurut netizen lagi, teguran yang dibuat adalah untuk kebaikan mereka sekeluarga.

‘Okay je masa kecil merasa’

Sementara itu, ada juga yang berpendapat Aaisyah masih kanak-kanak dan dia bebas berpakaian. Malah, mereka juga mempunyai pengalaman yang sama ketika kecil namun tampil berhijab dan menutup aurat apabila meningkat usia.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Rozita Che Wan via Ohbulan