Siapa sangka, pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu yang dahulu kehidupannya sangat lah susah sama seperti rakyat marhaen yang lain.
Namun sejarah mengubah hidupnya apabila menyertai program lawak Raja Lawak Musim Ketiga sekali gus diangkat sebagai juara.
Dan sejak dari situ kerjaya Shuib mula meningkat naik sehingga kini mampu bergelar usahawan berjaya.
Selain daripada berlakon dan menjadi penyampai radio, Shuib juga giat mengusahakan perniagaan minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee.
Disebalik kejayaan ini, Shuib sempat berkongsikan pengalaman hidupnya dahulu yang pernah tinggal di dalam rumah usang.
Beberapa hari lalu, pelawak tersebut ada memuat naik rakaman video di saluran YouTube ketika berkunjung ke rumah lamanya.
MEMBESAR DARI UMUR 8 BULAN SEHINGGA 17 TAHUN
Shuib membawa peminat melihat keadaan rumahnya itu yang terletak di Batu 5, Perak di mana tempat dia membesar sejak umur 8 bulan sehingga lah menjejak usia 17 tahun.
Menurut Shuib, pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tinggal di situ. Namun..
Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan.
Rumah tersebut sudah pun tidak berpenghuni kerana tiada siapa yang ada untuk menguruskannya.
Dapat dilihat masih ada cebisan pelekat doa yang ditampal oleh arwh neneknya di dinding rumah menambah lagi rasa sebak penonton.
Melihat kepada reaksi netizen, ramai memuji sikap rendah diri yang ada pada Shuib yang tidak pernah lupa pada asal usulnya.
Biarpun sudah mencapai kejayaan berlipat ganda.
NETIZEN CADANG UBAH SEBAGAI HOMESTAY
Dalam pada itu, ada pihak yang mencadangkan agar Shuib mengubah rumah lamanya itu agar dijadikan sebagai rumah tumpangan atau pun homestay.
Jelas mereka sayang jika dibiarkan ianya tidak berpenghuni dan dimamah anai-anai.
Konklusinya, untuk berjaya dalam hidup bukan lah perkara mustahil.
Semoga kisah Shuib mampu menjadi inspirasi buat kita semua agar terus berjuang dalam ekonomi masing-masing.
VIDEO PENUH:
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun
Shuib mended4hkan kisah eksklusif itu buat pertama kali menerusi program Rumah No 107 yang dihoskan oleh Khir Rahman.
Dijaga dan membesar dengan kasih sayang neneknya sejak berusia 8 bulan, Shuib mengakui kehilangan wanita k3sayangannya itu membuatkan dirinya hilang arah tuju.
” Saya duduk dengan nenek sejak usia 8 bulan selepas ibu dan bapa saya berpisah. Masa itu saya tidak tahu status saya.
” Bila saya dah besar dalam umur enam tahun orang tanya mak tak balik ke?
Saya keliru dengan status saya sebab waktu itu nenek saya, saya panggil mak manakala atuk dipanggil ayah.
Bagaimanapun kata Shuib, detik yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika umurnya sekitar tujuh ke lapan tahun.
Ini apabila nenek tiba-tiba mengejutkannya dari tidur dan memberitahu ibunya datang.
” Ada satu hari, nenek kejut saya bangun pagi dan dia kata mak saya datang.
Saya keliru, ini mak (nenek) saya tetapi kenapa dia kata saya ada mak lain?
” Orangnya putih, tak tinggi sangat. Saya pandang atas bawah kemudian mak pelvk saya.
Saya tidak berkata apa-apa pada pagi itu kerana sedang cuba memahami situasi yang berlaku,” jelasnya.
Kemudian detik hitam dalam hidup Shuib bermula selepas nenek k3sayangannya meningg4l dunia.
” Pada usia 19 tahun nenek saya meningg4l. Bila dia tiada pada masa itu saya ‘l0st’…
” Saya akui 19 ke 25 tahun adalah zaman gelap saya di mana saya mula menjadi anak yang memberont4k, deg1il dan tidak mahu mendengar cakap mak.
” Kecewanya saya sampai tidak mahu berpuasa dan menyambut hari raya. Sebab setiap pagi raya nenek akan mandikan dan bacakan doa.
” Saya tidur dengan dia daripada kecil sampailah umur saya 17 tahun… Dia adalah orang yang paling saya sayang sebelum mak saya,” katanya sebak.
Shuib, Sarah kejar saham akhirat
Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin berhasrat membina masjid dan menghantar mereka yang tidak berkemampuan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah untuk mengejar saham akhirat.
Ketika perniagaan, Bubble Bee Malaysia yang diusahakan semakin maju, Shuib dan Sarah mahu berkongsi rezeki dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat.
“Saya dan Sarah pernah terfikir mahu membina masjid dan menghantar mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan umrah.
Saya percaya dalam rezeki kita, ada juga bahagian orang lain.
“Saya bersemangat apabila ada pasangan selebriti yang membina masjid hasil keuntungan perniagaan mereka.
“Bagaimanapun, hati saya terdetik membina masjid sebelum mereka lagi.
Saat dikurniakan rezeki, jangan kedekut untuk berkongsi,” katanya kepada BH Online.
Mengulas dirinya dan Sarah dilihat antara pasangan romantis dikalangan selebriti, Shuib berkata, ia sesuatu yang subjektif.
“Soal bahagia sukar untuk diperjelaskan. Ada pasangan bergaduh manja atau cakap merepek sudah dikira romantik.
Saya dan Sarah pula bahagia dengan cara tersendiri. Saya suka menyakat isteri,” katanya.
Shuib berkata, dia mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan berharga kepada isterinya, baru-baru ini.
“Sarah tak suka pakai aksesori ketika awal perkahwinan dahulu. Saya pernah paksa Sarah pakai gelang emas.
Sekarang, saya menghadiahkan jam supaya boleh mengatur masa dengan baik.
“Ditambah pula, Sarah cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Ikutkan syarikat perniagaannya hampir gulung tikar, tahun ini.
Tetapi, saya berjaya meyakinkannya untuk bangkit. Alhamdulillah, Sarah berjaya membuktikan kemampuannya.
“Sebagai ahli perniagaan, hadiah jam tangan sebagai bukti status diri yang serius dalam dunia perniagaan.
Sebelum dapat jam tangan, saya sudah menghadiahkan tas tangan,” katanya.
Bangun Solat Tahajjud Setiap Hari & Rajin Bersedekah, Rahsia Rezeki Shuib Sentiasa Mengalir Deras
Dalam satu posting oleh Imam Muda Asyraf mended4hkan bahawa insan ini nampak biasa tetapi sebenarnya amalan beliau sangat luar biasa.
Menurutnya sejak bertugas sebagai DJ di sebuah radio dan perlu bangun ke konti seawal jam 4 pagu.
Jadi Shuib tidak melepaskan peluang solat Tahajjud hampir setiap hari.
Bukan itu sahaja, malah Surah Al-Waqiah menjadi amalan beliau.
Tidak cukup dengan itu, Shuib juga dikatakan hampir setiap pagi bersedekah menjamu makan tidak kira sesiapa sama ada Pak Guard, Cleaner.
Doa Imam Muda Asyraf juga agar sahabatnya ini sentiasa istiqamah dan terus dimurahkan rezeki.
Niat datang nak COD… Tapi kena tazkirah dengan Shuib
Sebahagian orang, amalan baik mereka terlalu jauh ke dalam mereka sembunyikan…
Insan yang saya kenal ini sejujurnya nampak biasa-biasa.
Tapi mungkin tak ramai yang tahu amalan beliau yang luar biasa… .
Semenjak bertugas sebagai DJ radio yg terpaksa pergi ke konti studio seawal 4 pagi.
Beliau tidak melepaskan peluang untuk solat tahajud hampir setiap hari..
Surah al-Waqiah menjadi amalan beliau..
Bahkan hampir setiap pagi beliau tidak melepaskan peluang bersedekah jamu makan tak kira siapa samada Pak Guard, cleaner dll setiap awal pagi..
Istiqamah hingga hari ini. Murah rezeki beliau… .
Ini antara apa yg sy dapat tahu dari org rapat beliau.. @shuibsepahtu @aisyasyraf_hq
Siti Sarah Kongsikan Apa yg Shuib Buat Selama ini Sehingga Rezeki Melimpah Deras
Baru-baru ini, Siti Sarah memuatnaik sebuah video di Instagramnya bersama suaminya, Shuib Sepahtu dan berkongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah. Bagus tips tu, Sarah. Sis setuju!
Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga
Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah ..
Suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!!
Ibu yg melahirkan awak ..Kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik..sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu ..
Jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas..
Tapi isteri pon jangan lah ambil k3sempatan pada suami ..
Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil k3sempatan serta tahu kemampuan.
Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi.
Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2.
Isteri tak boleh derh4ka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak.
Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : LamanMaya