Setiap orang mempunyai kelainan cara hidup mereka. Mengamalkan satu perkara yang telah didik sejak dari kecil lagi secara tidak langsung menjadi satu kebiasaan di dalam rumah mereka. Tidak menjadi satu perkara yang salah tetapi mungkin agak pelik bagi orang lain yang melihatnya.
Menerusi capaian Twitter, Wan Yusri berkongsi satu gaya hidup yang diamalkan oleh pakciknya atau lebih mesra dipanggil Ayah Long. Mungkin ada yang merasakan perkara ini tidak sesuai pada zaman sekarang tetapi ini kebiasaan yang dilakukan keluarga Ayah Long tersebut.
“Orang lelaki hanya makan je…”
Kongsinya, rata-rata lelaki tentu suka akan peraturan yang ada di dalam rumah Ayah Long dimana peraturan seperti lelaki tidak perlu cuci pinggan selepas makan dan orang lelaki makan terlebih dahulu itu sememangnya sangat unik.
Jelasnya, menurut Enda iaitu isteri Ayah Long bahawa itu semua tugas wanita dan tugas lelaki hanya makan saja. Jangan salah ini sebenarnya adalah adat orang dulu-dulu. Malah Katanya ini adalah cara orang dulu-dulu pikat hati suami.
Ada yang setuju ada yang tak
Perkara ini juga disokong oleh beberapa orang warganet yang menjelaskan bahawa perkara ini adalah adat dan kebiasaan bagi beberapa buah daerah.
Namun begitu, ada juga yang merasakan perkara ini sebenarnya menindas kaum wanita yang, malah merasakan kerja rumah ini adalah tanggungjawab bersama.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet yang cuba bersangka baik terhadap peraturan tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://redaksi.my/