Anak sulung cari arw4h bapa, kerap men4ngis

JOHOR BAHRU – Anak sulung Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, yang men1ngg4l dunia selepas dil4nggar pemandu lalok di Taman Pelangi di sini kelmarin merindui belaian bapanya.

Kehilangan Mohd. Rizal dalam nahas itu memberi kesan mendalam kepada anak sulungnya, Nur Amani Raudah, 5, apabila kanak-kanak tersebut kerap memeluk baju bapanya sebelum tidur.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudara Mohd. Rizal, Nor Farhana Amir, 36, yang memberitahu, tiga anak m4ngs4 mula mencari bapa mereka sejak malam kelmarin.

“Paling terkesan dengan kehil4ngan ini ialah anak sulungnya (Nur Amani).

“Dia kerap men4ngis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia m4ut selepas keretanya dil4nggar Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.

arw4h Mohd. Rizal men1ngg4lkan isteri, Nurul Asyiken Amir dan tiga anak berusia lima tahun hingga sembilan bulan.

Usaha Kosmo! untuk menemu bual isteri arw4h gagal apabila dia belum bersedia untuk dihubungi kerana masih bersed1h dengan pem3rgian suami tercinta.

Dalam pada itu, Nor Farhana memberitahu, mereka sekeluarga menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan sias4tan terperinci agar pesalah kes itu dikenakan hukvman se­timpal atas kecuaian sehingga menyebabkan nyawa adik ipar­nya melayang.

“Nasib tiga anak dan isteri perlu­ dibela,” kata Nor Farhana.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kosmo