KUALA LUMPUR – Penyanyi Wany Hasrita dikritik netizen kerana ditudvh menjual pakaian terpakai termasuk baju sample daripada sebuah jenama pereka tempatan terkemuka.
Kritikan yang diterima melalui direct messages itu dimuat naik oleh Wany dalam Instagram Storiesnya semalam.
“Dapat barang percuma, kemudian jual kepada orang. Hebat betul permainan. Jelas di situ baju sample,” tulis seorang pengguna Instagram kepadanya.
Wany kemudian turut menjelaskan mengenai isu pakaian sample itu dalam Instagram perniagaan pakaian terpakainya @prelovedstillinlove semalam.
Menurut pemilik nama penuh Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, semua pakaian sample yang dijual itu dibeli olehnya sebelum ini dan tidak diperoleh secara percuma seperti yang didakwa oleh netizen.
“Salam, semua baju yang terdapat dan dijual di @prelovedstillinlove ialah pakaian yang saya beli sendiri, tidak pernah dan tak akan jual barang yang dapat secara percuma.
“Pakaian sample yang dimaksudkan ialah baju yang dipakai model sewaktu sesi fotografi produk. Baju itu hanya ada satu saiz dan saya beli kerana pakaian sample turut dijual di butik itu,” jelasnya.
Tambah pelantun lagu Canggung itu, baju sample yang dibelinya itu juga padan dengan saiz badannya tanpa perlu melakukan sebarang ubah suai.
“Saya beli baju sample kerana saiz itu memang sesuai dengan saya dan sekarang terpaksa menjualnya sebab sudah tidak muat untuk dipakai.
“Bahkan, saya tidak pernah dapat baju percuma daripada butik pereka tempatan. Semua baju saya daripada berjenama tersebut, saya beli sendiri.
“Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan dalam urus niaga,” jelasnya.
Terdahulu, Wany menjual pakaian terpakai miliknya dalam satu akaun Instagram sejak tahun 2019.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo