Pelawak Achey memberitahu bahawa dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.
Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu.
“Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.
“Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik c0v1d-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada Gempak.
Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.
“Kalau ada dapat seorang anak angkat ‘sebat’ (ambil) sahajalah dulu.
“Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.
“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya.
Sebelum ini, Achey pernah memaklumkan isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak