KUALA LUMPUR – Pelakon Reen Rahim bertindak menutup ruangan komen Instagram kerana mahu mengelak perbal4han dalam kalangan netizen mengenai dirinya.
Reen Rahim atau nama penuhnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 32, berkata, dia sudah lali dengan kec4man netizen yang sering membangkitkan isu berkaitan agama setiap kali dia memuat naik foto di Instagram.
“Saya sudah masak dengan permainan netizen, saya juga sedar ramai ‘ustazah’ serta tukang kec4m dalam Instagram saya. Banyak perg4duhan antara netizen yang berlaku dalam ruangan komen gambar-gambar saya.
“Namun, saya tidak terkesan langsung dengan semua komen negatif tersebut. Saya baca dan enjoy dengan semua komen itu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu, dia juga tidak mahu mana-mana pihak yang tergvris hati dengan semua perbal4han dalam ruangan komen.
“Kalau boleh saya tidak mahu ada yang berkecil hati atau terlvk4 dengan semua komen negatif itu.
“Jadi, bagi mengelakkan perbal4han dan peminat-peminat mar4h dan kec3wa dengan semua komen daripada netizen lain, saya tutup terus ruang komen,” ujarnya lagi.
Dedah Reen, dia menerima kec4man sejak awal kemunculannya dalam industri hiburan tanah air terutama mengenai isu berpakaian s3ks1.
“Tidak semestinya individu itu tidak menutup aurat, sikapnya jah4t. Berhenti menghakimi orang lain, lebih baik doakan perkara yang baik untuk individu tersebut.
“Jadi, saya tidak mahu meminta apa-apa tetapi hanya memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak sahaja,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo