Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang perempuan yang dah berkahwin, punya anak 2 orang. Sebenarnya tak tahu nak mula cerita daripada mana sebab dalam hati ni dah tak tertanggung rasanya. Aku ada masalah sedikit dengan mak aku. Kami ni diibaratkan macam “panas”, tak boleh nak sehaluan. Sejak kecil apa yang aku buat seringkali ada sahaja yang tak kena dimatanya.
Mak aku pernah bercrai dengan bapa aku. Waktu tu umur aku 2 tahun. Lepas bercrai bapa aku tak pernah ambil tahu pasal kami. Nafkah jauh sekali. Mak aku selalu salahkan aku.
Bila2 aku berper4ngai deg1il atau tak ikut apa yang dia suruh, dia akan cakap “ko ni memang ikut baka bapak ko, Baka tak elok, keturunan aku semua elok2 takde per4ngai macam ko ni. Susah nak dibentuk”.
Kadang2 sampai mengeluarkan perkataan, “sedarlah sikit diri ko tu, aku pungut ko duduk dengan aku pun ko tak reti bersyukur, Kalau ko duduk dengan atok nenek ko baru ko tau langit tinggi ke rendah” kata2 hinaan dah memang lali dek telinga.
Lepas tu mak aku ada berkahwin semula beberapa tahun kemudian, dalam umur aku 5 6 tahun gitu. Tu yang aku ingat. Selepas berkahwin mereka tak pernah ada anak.
Mungkin kerana bapa tiri – panas baran, suka baling barang, pernah juga sepak teraj4ng aku, pernah juga lemp4ar aku hingga kepala hemp4s ke lantai. Rumah aku tak pernah aman dari kecil sampai sekarang pun.
Pernah aku membe3nci bapa tiri sampai berkata dalam hati, kalau dia mngal nanti aku takkan jejak kubur dia. Masa tu aku darjah 5 lepas dia tolak aku hingga terh4ntuk ke lantai sebab berg4duh dengan mak. Cuma sekarang dah makin slow sebab bapa aku dah mula skit. Skit tua.
Setiap kali mak bapa tiri aku berg4duh, ada masanya aku yang dipersalahkan. Ada masanya juga aku ambil sikap berani dengan tengking mereka berdua suruh diam. Tapi lepas tu aku yang kena balik. Bapa tiri tak pernah ada pekerjaan tetap.
Mak aku alhamdulillah seorang penjawat awam dan ada gaji yang agak tinggi. Aku akui, mak aku membesarkan aku dengan hasil usaha dia sendiri. Tapi ada sikap mak aku yang aku tak berapa suka, tak berapa senang. Dia suka mengarah, suka marah2, suka memaksa, suka control power, take charge semua benda.
Banyak kali juga mak aku cerita yang burvk pasal aku pada saudara mara, banding2 kan aku dengan sepupu2 aku, sehingga aku jadi tertekan. Sepupu2 aku memang pandai2 belaka. Belajar sampai oversea.
Aku pon belajar takat diploma jela. Sampai sekarang da ada anak pun mak aku masih suka nak banding2 kan aku dengan sepupu2 lain. Aku rimas dengan sikap mak aku.
Sebelum aku nak kahwin, macam2 aku buat untuk buktikan yang aku memang dah bersedia untum kahwin. Sebab aku memang dah tak tahan nak duduk rumah tu lagi.
Hanya perkahwinan je yang boleh buat aku keluar dari rumah. Mak aku langsung tak ambil tau urusan aku nak kahwin. Semuanya aku buat sendiri A-Z.
Mak siap cakap, lepas ko kahwin aku nak ko berambus dari rumah ni, Aku tercabar. Aku jawab, fine, Memang sampai bila2 takkan balik sini dah.
Waktu aku nak bertunang, mak aku maluukan aku depan semua orang. Dikatanya make up aku burvk, hodoh, muka jadi lain. Padehal kawan2 aku yang datang masing2 puji make up cantik.
Tapi aku malu dan sed1h sebab mak aku sendiri sanggup cakap macam tu depan ramai2 orang. Waktu nak bernikah pun sama. Dia marah2 depan semua orang, depan bakal besan. Aku malu sangat.
Lepas akad nikah fotografer nak ambil gambar kami semua. Tapi mak marah2 dalam msjid dia kata mana boleh ambil2 gambar,balik terus. Sampai fotografer pun macam terkedu. Dia kata mama memang macam tu ke.. Garang ye..huhu..aku senyum je.
Sampai la habis majlis, satu gambar pun dia tak sudi nak ambil dengan kami. Dalam album kahwin takde pun gambar mak. Aku sed1h dan kecewa rasanya. Sedangkan aku ni satu2nya anak mak.
Macam2 lagi yang mak aku pernah cakap. Kata2 yang keluar semuanya berbisa. Dan dia ada sikap paranoid, mungkin kesan bercrai. Kadang2 macam psiko pun ada. Makcik2 aku pun kata yang mak aku tu macam “s4kit”, maksudnya kurang normal.
Makcik2 aku pun kata kat aku dorang tak tahan kalau bersembang dengan mak aku. Dalam hati aku, tak guna punya makcik, sanggup cakap macam ty kat adik beradik sendiri. Tapi hakikatnya memang betul apa yang dorang cakap.
Mak aku kalau bercakap 3 4 jam non stop pun dia boleh. Hebat tak hebat. Memang koyak mntal dan telinga. Entah lah bila mak aku nak berubah. Hubungan aku dengan mak memang tak pernah mesra.
Tak tahu macam mana nak pulihkan. Sekarang ni pun memang jarang2 aku balik rumah mak. Segala perkataan2 mak masih aku tak dapat lupakan.
Setiap kali jumpa pun mak aku suka nak mengungkit. Aku tak boleh nak tahan lagi, tak boleh nak dengar lagi. Aku selalu harap yang mak aku macam mak orang lain. Penuh kata2 lembut, kata2 sayang, boleh pluk2 dan boleh sembang2 macam kawan baik. Tapi tak pernahnya berlaku.
Aku cuba macam mana pun, tetap macam tu juga. Aku sayang mak aku cuma tak tahu nak berbaik macam mana. Dia pun bukan sejenis yang berfikiran terbuka dan tak suka disentuh2.
Bila nak bersalam pun dia cepat2 tarik tangan. Memang tak faham. Suami aku pun banyak juga terasa hati dengan mak aku. Tapi aku kata dah memang per4ngai mak macam tu, jangan dilayan perasaan tu..
Doakan aku semoga hati aku pulih dan aku rajin untuk balik ke rumah mak aku. Setakat ni memang berat sangat hati setiap kali nak balik. Setiap kali balik ada je kata2 yang tak sedap didengar. Doakan aku lebih tabah dan sabar. Terima kasih semua.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa Reaksi warganet
Fatin Husin, Dear confessor. Izinkan saya untuk meluah jugak. Saya bersyukur my mom tak sebegitu. Cuma adalah sikapnya kurang menyenangkan. Dulu masa kecik, my mom seriously memang tak suka saya. Tapi kakak n abang dijulang tinggi. Masa kecik, dia rajin kutuk muka saya hodoh malaslah apalah. Walaupun saya usaha nak bagi dia happy, dia tetap sebegitu.
Sampaikan dia marah2 saya kalau saya berkawan dengan sesiapa tmasuklah sesama jantina. Saya tahu my mom stress dengan bapak saya, sebab bapak langsung tak bagi nafkah dalam bentuk kperluan asas duit, makanan, pakaian dsb kepadanya. Bapak memang kedekut soal duit, tambah pulak bapak baran.
Oh ya, Lupa nak gtau. My mom jenis perfectionist, nak lengkap serba serbi dalam hidupnya wpun sedar kemampuan dirinya terbatas. Dulu dia ambik upah mengasuh anak orang, menjahit dan memasak, sekarang usia dah meningkat dengan skit tak menentu makanya duduk di rumah sajalah.
Sebab apa kakak dan abang dijulang tinggi? Sebab kakak dan abang ikut saja apa mak kata. Mak mintak barang bernilai beratus2 beribu2, kakak tunaikan permintaannya sampai sanggup berhutang.
Abang ikut kemampuan dirinya coz dia sudah berkahwin, ada komitmen di situ. Saya memang tak akan penuhi segala permintaan my mom melainkan keperluan harian saja, baru saya tunaikan. Itu sebab, anak2 dibandingkan.
Masa kakak di universiti dulu, kakak suka berkawan dengan anak2 v1p vv1p. Makanya segala dalam hidupnya up to date, klu dia nak apa2, dia mintak kat my mom smpai sanggup menangis. Waktu inilah my mom sanggup bergolak gadai demi anak tersayang.
Saya waktu tu nak ambik SPM, dipandang sepiii. Bab berkawan, saya paling takut nak berkawan dengan anak v1p coz saya sedar diri ini siapa. Saya ramai kawan dari anak2 orang susah coz merekalah memotivasikan diri saya dalam kehidupan harian.
Soal jodoh, saya dan kakak belum lagi berkahwin. Saya dah 3series n kakak bakal 4series. Ramai calon nak masuk meminang kakak, tapi semuanya ditolak oleh my mom.
Coz dia fikir, anaknya belajar tinggi, ada pangkat segalanya lengkap dalam hidupnya, mestilah berjodoh dengan orang sama level dengannya. Makanya, sampai umur tahun depan 4series belum lagi berkahwin.
Segala bezday, mother’s day dsb, saya usaha happy kan dia dengan bagi hadiah, tapi kesemua hadiah saya berikan seperti tak dihargai. Ada hadiah diberinya kepada orang lain, disimpan berkurun lamanya tidak digunakan, ada jugak dibu4ng dalam tong sampah.
Saya baru tiba di kampung. Semalam di airport, terharu seb4k gilerr saya tengok, si ibu jemput anak gadisnya di airport dengan menaiki perodua viva.
Siap diberikan bunga untuk anak gadisnya sambil berpluukan sesama mereka. Sedangkan saya, balik sendiri2 sambil booking grab. It’s ok, saya dah biasa berdikari sendiri dalam segenap hal, it’s ok. It’s ok. I’m ok.
Nadia Ahmad, Mak awak ada benda yang dipendam. Cubalah selami hatinya. Cari masa untuk korang berdua je. Berbicara hati ke hati, mak awak mungkin rasa takde orang yang faham dia, ambil tau pasal dia, pasal hati dia.
Kesian ma, banyak yang dia pendam tu. Mak taknak salam tarik tangan dia. Pluk kuat2, tarik muka dia. C1um kedua2 pipinya, mula2 mmg kekok. Memang malu…
Tapi lama2 hati mak akan tersentuh. Kita anak, mengalah lah. Dulu mak saya pon bukn jenis tunjuk kasih sayang pluk c1um semua…Tapi sejak saya ada anak, saya nak anak2 saya salam c1um tangan saya. Ciium pipi saya. Pluk saya.
Lpas tu saya terpikir saya tak pernah pluk dan ciium mak. Sejak dari bbrp tahun lepas saya amalkan salam pluk ciium tangan dan pipi emak. Mak pon nampak lain dan dia suka. Dengan adik beradik pon sama…Cubalah, takkan rugi.
Ikram Hisham, Mak camni sebenarnya dari parent dia sendiri. Dia s4kit dah lama. Lepastu dia pulak tabur dndam kat anak sendiri. Anak sendiri ada kemungkinan akan ikot balik per4ngai mak dia sampai la berterusan.
Harap confessor tabah dan pujuk hati setiap kali mak berper4ngai sebegitu dan doa kita tak jejak langkah mak. Jgn skitkan hati anak, mak bukan tuhan, mak bukan maksum.
Suhaila Anuar, Saya ada kenal orang yang menghadapi nasib yang sama dengan akak. Tapi dia sentiasa berbuat baik pada mak dia tak kira macam mana sekalipun. Dia terus terus dan terus berbuat baik meski hati dia hncur.
Lama jugak dia sabar dan doa akhirnya Allah lembuntukan juga hati mak dia. Mohon akak sabar ya saya doakan mak akak dilembutkan hati amin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://transformasi.pw/