Tugasan dan kerja-kerja yang diamanahkan pada kita saban hari bukan menjadi penghalang atau membuatkan waktu untuk bersama anak-anak semakin berkurangan. Hujung minggu misalnya antara waktu paling penting untuk anak-anak kita. Seharusnya cubalah meluangkan sebanyak mungkin masa untuk anak-anak kita. Itu sebaiknya.
“Biarkan kenangan bersama dalam kepala anak, bukan kenangan dengan mainan yang mereka ada”. Begitu kongsi Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di facebooknya. Sungguh mendalam maksudnya namun itulah yang berlaku kepada kita hari ini.
Nasihat dan kata-kata yang dikongsikan beliau ini seharusnya menjadi iktibar dan panduan dalam kita mendidik anak, lebih-lebih lagi dalam mencari ruang untuk anak. Ketepikan segala kerja di rumah dan tumpukan untuk bermain bersama anak-anak yang amat memerlvk4n perhatian kita.
Wallahua’lam.
Banyakkan mainan untuk anak atau
Banyakkan masa bermain dengan anak?
Kita yang mana?
Tak nafi hari ni kita semua terlalu sibuk dengan kerja.
Kerana dengan kerjalah kita dapat menafkahi keluarga kita.
Cumanya kot mana sibuknya kita,
Lapangkanlah masa untuk kita bermain dengan depa.
Tolak ke tepi segala kerja.
m4tikan sat segala gajet kita.
Tumpu mata pada mereka.
Bukan berapa lama tapi kualiti masa.
Itu jauh lagi penting dari segala.
Biar kenangan bersama dalam kepala.
Bukan kenangan dengan mainan yang depa ada.
Wallahua’lam.
Selamat berhujung minggu semua.
Don Daniyal
Don Mustofa
Don Ibrahim
Don Sulaiman
Hujung minggu dan cuti sekolah yang masih berbaki ini apa kata kita luangkan sedikit masa dengan beraktiviti bersama anak-anak di rumah. Tak perlvk4n kos yang tinggi, buatkan pelbagai aktiviti agar kita dapat berinteraksi dan bermain bersama anak-anak.
Jika punya peruntukan yang lebih, bawalah anak-anak balik kampung atau bercuti bagi menghiburkan hati anak-anak kita. Pun begitu perlu hati-hati. Jaga diri dan keluarga dengan mematuhi SOP. Insyaallah semuanya pasti baik-baik sahaja.
Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Pa&ma