Warga kota perlu kuar4ntin 14 hari jika ke Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan mengingatkan individu yang pulang ke negeri ini dari dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya agar menjalani ku4r4nt1n di rumah selama 14 hari sebelum bergaul rapat dengan ahli keluarga yang lain.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, saranan itu berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan tersebut

“Sekiranya dapat menyediakan inap desa, ia adalah lebih baik. Jika tinggal serumah, asingkan mereka di bilik berasingan yang mempunyai kemudahan bilik air.

“Makanan dan minuman perlu dihantar ke dalam bilik selain dinasihatkan supaya tidak berada di luar bilik. Sekiranya keluar bilik, mereka perlu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dari ahli keluarga lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berikutan kerajaan membuat pengumuman tiga kawasan tersebut dikenakan PKPB bermula pukul 12 malam ini yang berkemungkinan besar dan ramai individu akan keluar dari kawasan tersebut menuju ke Kelantan.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, dalam tempoh 14 hari itu, mereka digalakkan untuk membeli makanan dari kedai atau dalam talian menggunakan khidmat penghantar makanan dengan membayar secara dalam talian.

Katanya, mereka yang mula bergejala perlu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk proses saringan.

“Jabatan Kesihatan Kelantan akan menyaring semua perantau bergejala yang datang dari kawasan tersebut berisiko dalam masa 14 hari.

“Bagi yang mempunyai gejala setelah kontak dengan mereka perlu ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya, anda atau ahli keluarga perlu melakukan swab, jangan risau kerana proses tersebut tidak s4kit dan merbahaya,” katanya. -K! ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo