Kekal Menawan, Wajah Pelakon HALIZA MISBUN Jadi Tumpuan

HALIZA MISBUN

Sekitar era 90an, nama Haliza Misbun sering meniti di bibir peminat seni tanah air. Lakonan mantap aktres handalan ini menerusi drama bersiri popular Cinderella pada tahun 1998 pernah menjadi fenomena dan memberi kesan kepada penonton sehingga ke hari ini.

Walau sudah lebih 2 dekad berlalu namun pesona Haliza Misbun masih dikagumi. Jika dulu peminat mengenalinya dengan susuk tubuh berisi tetapi kini dia tampil lebih langsing dan matang.

Mengintai media sosial Haliza, dia yang kini meniti usia 48 tahun tetap kelihatan memikat. Apa yang pasti, bintang filem Abang 92 ini nampak ‘slim’ dan bertambah ayu dengan gaya rambut panjang.

Malah, rasa ‘cinta’ Haliza terhadap lakonan masih menebal dan dia aktif membintangi pelbagai drama. Antaranya menerusi Pemuja Rahsia, Syurgaku Tak Sempurna dan Juliet yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Bersama Azhar Sulaiman ketika membintangi Abang 92

Haliza merupakan kakak kepada Rozana Misbun dan seorang lagi adiknya iaitu Amanda Misbun mengikut jejak langkah kakaknya sebagai anak seni. Namun populariti Amanda belum mampu menandingi aura kakak tersayang.

Pada tahun 2017, Haliza membuat comeback menerusi filem Pencuri Hati Mr Cinderella arahan bekas pelakon gandingannya dalam drama Cinderella, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Di samping anak buah kesayangan

Kredit foto: Instagram Haliza Misbun

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: nona