“Lepas tewaskan Thanos” – Demam Avengers: Endgame, Pos Malaysia Bagi ‘Spoiler’ Yang Mencuit Hati Netizen

Sejak kebelakangan ni, dalam media sosial dok ramai bercakap pasal Avengers:Endgame, masing-masing ceritakan pasal movie ni sejak beberapa hari ia mula ditayangkan semalam.

Dengan kehangatan filem adiwira yang dinanti-nantikan ini, Pos Malaysia pun turut terkena demam Avengers ini sampaikan ada kakitangannya excited pakai baju Spiderman masa tengah hantar surat.

#Posmenheroku

Melalui Facebook Pos Malaysia semalam, mereka ada muat naik gambar ‘Spider Man mereka’ sedang menunggang motosikal di sekitar KL dengan kapsyen:

“Setelah menewaskan Thanos, Spiderman tetap istiqomah menyambung kerja tetapnya.”

Ketika diterumah Malay Mail, mereka menjelaskan ia sebenarnya sebahagian daripada agenda pemasaran sempena dengan filem superhero Marvel Studios yang bakal ditayangkan semalam.

Bahkan, dengan menggunakan #posmenheroku, ia juga sempena tanda penghargaan kepada posmen yang menjalankan tugas dengan penuh komited. Malah, ini sebab kenapa mereka memilih kostum Spider Man berbanding superhero yang lain:

” Ia melambangkan posmen kami sebagai salah satu pahlawan sebenar dalam realiti. Posmen adalah teras Pos Malaysia kerana kepentingan mereka dalam industri pos dan kurier. “

Pos Malaysia juga mendedahkan ia akan bekerjasama dengan Disney Malaysia untuk membawa produk bertemakan Marvel dan Avengers sebagai sebahagian daripada promosi kolaborasi mereka.

Sambutan dan komen daripada netizen kebanyakannya menjelaskan bahawa ia sangat lucu bahkan mereka amat menghargai sumbangan posmen. Malah ramai yang memberikan komen-komen sindiran (lucu) pasal isu yang tengah bangkit sekarang.

Spoiler – Netizen

 

Bukan sahaja viral, orang sekeliling yang nampak kejadian ini pun terpukau, sampai ada penunggang motosikal yang nak ajak selfie masa lampu isyarat tengah merah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Lobakmerah