Rezeki tak salah alamat! Pembuat kek jelita dah tak risau dengan PKPB, pergi balai polis pun dah ‘meriah’ order – “Saya nak tanya betul-betul”

REZEKI hadir dalam cara yang tak disangka-sangka.

Begitulah kisah melibatkan pembuat kek dari Klang, Selangor yang risau perniagaannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di negeri itu bermula Rabu.

Menurut Hidayah Rizal, 21, emosinya turut terkesan apabila beberapa pelanggan membatalkan tempahan kek sejurus PKPB diumumkan tempoh hari.

Namun, dia yang hadir ke sebuah balai p0lis bagi meminta kebenaran merentas daerah untuk tujuan penghantaran kek pelanggan bersyukur apabila turut mendapat tempahan daripada pegawai bertugas.

“Pergi balai p0lis tadi sebab nak tanya prosedur keluar daerah. p0lis-p0lis tu semua terus jadi customer.

“Terus tempah kek. Alhamdulillah rezeki hari ini,” tulisnya di Twitter sehingga menerima 5,300 ulang kicau (Retweet).

Yaya mula menjual kek sejak tahun lepas.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Yaya menzahirkan rasa syukur apabila turut mendapat ramai pelanggan baharu selepas tweet berkenaan tular di Twitter.

“Selepas PKPB diumumkan, ada beberapa pelanggan batalkan tempahan sebab mereka berada di luar kawasan. Tak boleh nak datang ambil kek. Saya pun tak boleh nak ke tempat lain. Jadi down sikit masa tu.

“Saya kata, kalau semua cancel, tak boleh jadi ni. Jadi saya pergi ke balai untuk tanya betul-betul. Nak tahu, macam mana peniaga kecil macam saya nak bergerak?

 

“Alhamdulillah, tak sangka. Tempahan untuk bulan Oktober dah penuh. Bulan November dah ada, tempahan kek untuk Disember juga ada.

HIDAYAH RIZAL

 

“Sewaktu di balai, ada tiga pegawai p0lis tempah brownies, kek, pavlova dan tart keju dengan saya,” ujarnya.

Kata Yaya, dia yang gembira dengan rezeki tidak disangka-sangka itu secara spontan berkongsi mengenainya di Twitter.

Tidak terhenti di situ, dia turut mendapat beberapa pelanggan lain sehingga ada yang membuat tempahan untuk bulan Disember depan.

“Alhamdulillah, tak sangka. Tempahan untuk bulan Oktober dah penuh. Bulan November dah ada, tempahan kek untuk Disember juga ada,” ujarnya.

Antara kek yang dihasilkan gadis itu.

Kata Yaya lagi, dia bersyukur dengan sokongan yang diberikan warga Twitter buat dirinya.

“Bila saya tengok Twitter, ramai sangat yang positif. Ramai yang mesej. Ada yang saya tak sempat balas sebab sibuk buat kek.

“Ada orang kata, kalau dah rezeki, tak ke mana. Saya bersyukur sangat. Terima kasih sokong saya,” katanya lagi.

Menurut Yaya, dia mula menjalankan perniagaan kek dari rumah bermula penghujung tahun lalu.

Antara kek yang paling popular dalam kalangan pelanggannya merupakan ‘Korean cake’ dan beberapa pencuci mulut lain seperti brownies dan tart.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via Berita Terkini