Baru je Syamsul Yusof buat laporan polis, tindakan Puteri Sarah tarik perhatian ramai

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan p0lis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.

Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

 

PUTERI Sarah bersama anaknya. FOTO IG Puteri Sarah

Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan p0lis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan p0lis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes p0lis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Hati Syamsul Yusof tersentuh.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat atas sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.

Syamsul menulis ucapan itu menerusi ciapan di Twitternya dan mengakui tersentuh dengan sokongan yang diterimanya.

“Sahabat semua. Pertama sekali, abang (Syamsul) nak ucap terima kasih kepada yang ambil berat dan titip doa buat abang dan keluarga.

“Sangat tersentuh menbaca doa, kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Korang (kalian) buat aku tersentuh,” tulisnya.

Rabu lalu, Syamsul membuat laporan p0lis terhadap ‘individu misteri’ di Instagram yang mengirimkan mesej berbaur ugutan terhadapnya dan keluarga.

Sebelum itu, Syamsul berdepan situasi di mana dia dif1tn4h oleh YouTuber dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ujian buatnya tidak berhenti apabila rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon,Puteri Sarah Liyana juga khabarnya berdepan kepincangan.

Ciapan yang ditulis Syamsul pada jam 1.18 pagi tadi itu diulang ciap lebih 1,000 kali dan menerima lebih 3,000 tanda ‘like’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : http://trendingsangat.pw/