“Baru Berniqab Lepas Tu Buka Balik” Ifa Raziah Perjelas Sebab Sebenar Penampilannya

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu.

Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SALAM JUMAAT 🕌 . Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. . . Siapa lagi nak jadi team *SOLIDMOLID* *SOLIDBERRY* *SOLIDDIVA* Kita bersatu membantu ramai orng diluar sana yang ingin menurunkan berat badan mereka bukan itu saja malah kita buat income bulanan berganda-ganda okay Team SERIFA BEAUTY ❤ Bila kita ada banyak duit, boleh la pergi travel, hantar mak ayah pergi umrah, berikan pendidikan yg terbaik utk anak2 & bantu keluarga jugak. . . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya.

Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghorm4ti hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Sunday❤️ . Jangan lupa SHAKE SHAKE Soliddiva boleh minum sejuk2 plus buah buah 😘 boleh pilih nak buat Hot chocolate atau Shake dengan Soliddiva , yang penting kurus . Dapatkan shaker bottle Soliddiva . IBU HAMIL pun boleh minum tau!! SAKIT JANTUNG pun boleh minum tau!! Penyakit Darah Tinggi , Kencing Manis ,Kanak Kanak yg Obesiti pun boleh minum tau!! . Cara Pengambilan consume pada waktu pagi, dan selepas 6 jam bancuh satu sachet lagi, 2 sachet dalam sehari👍 . . WOW!! CANTIK CANTIK CANTIKNYA dgn SOLIDDIVA . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975 . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : GEMPAK