Terima Juruterbang Sebagai Bakal Menantu, MAS ANIZAN Akui ‘Sukar’ Melepaskan Puteri Sulung

Walaupun kelibat Mas Anizan pernah hilang sekejap dari radar dunia seni tanah air kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga tapi penampilannya tetap dinanti. Kini Mas Anizan ibarat membuat come back apabila muncul semula menyerikan kembali skrin televisyen dengan mempertaruhkan bakat menerusi drama Sara Sajeeda.

Foto: Instagram @masanizan1

Kini pelakon cantik yang sudah mencecah usia 40an ini melalui perubahan fasa kehidupan sebagai seorang ibu apabila puteri sulungnya bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati. Memilih tarikh yang begitu istimewa, 10.10.2020, anak kesayangan Mas Anizan yang kini berusia 25 tahun telah selamat dirisik oleh kekasih hatinya.

Majlis merisik telah berlangsung dengan sempurna di TPC, Kuala Lumpur dan dihadiri ser4mai 25 orang tetamu di kalangan keluarga terdekat masing-masing. Bercerita tentang anaknya, Mas Aliza, sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian, “Rasa dia (Baby) masih kecil lagi. Tapi sebenarnya sudah anak dara,” kata Mas Anizan tentang anak gadinya yang digelar Baby.

Tambahnya lagi, “Mereka berkenalan dalam tempoh singkat kira-kira enam bulan. Namun saya pasti bakal menantu (Faruq Azran) yang bekerja sebagai juruterbang berjaya menawan hati Baby. Moga ia jadi permulaan yang baik untuk kehidupan rumah tangga mereka kelak. InsyaAllah mereka akan bertunang awal tahun depan. Majlis nikah insyaAllah hujung tahun,” terang wanita kelahiran Teluk Intan, Perak ini.

Foto: Instagram @masanizan1

Pasangan anak-beranak ini sering melakukan aktiviti bersama ibarat Best Friend Forever (BFF). Sudah tentu sedikit sebanyak terusik hati seorang ibu ini untuk melepaskan anak tersayangnya.

Momen indah Mas Aliza bersama bapanya.

“Dalam sed1h akan melepaskan puteri sulung kepada keluarga baru, saya tetap gembira kerana doa yang selama ini dipanjangkan akhirnya dikabulkan. InsyaAllah saya yakin, bakal menantu akan menjaga Baby dengan baik,” katanya ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Foto: Instagram @masanizan1

Sebagai seorang ibu, Mas Anizan selesa memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih calon pasangan hidup. “Dalam sed1h akan melepaskan puteri sulung kepada keluarga baru, saya tetap gembira kerana doa yang selama ini dipanjangkan akhirnya dikabulkan. InsyaAllah saya yakin, bakal menantu akan menjaga Baby dengan baik.

Foto: Instagram @masanizan1

Siapapun pilihan anak untuk dijadikan teman hidup, saya berserah. Saya percaya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Termasuk dalam soal membina masjid. Baby sendiri tak berahsia mengenai hubungan mereka selama ini. Saya dan Baby pun macam kawan baik. Ketelusan itu buat saya percaya segala tindak tanduknya diperhatikan,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Foto: Instagram @masanizan1

Selain Mas Aliza, wanita yang benar-benar awet muda ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Ariana Marissa dan anak lelaki, Mohd Masli Daniel Ali yang bergelar chef.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : nona