Individu Ini Komen Di FB Dr Noorhisham Kenapa Tidak Di Bawa Ke Hospital Sedangkan Dah Sah Positif C0VID-19

Gara-gara katil h0sp1tal semakin penuh, ada pes4kit yang disahkan positif C0vid-19 terpksa menunggu giliran untuk dimasukkan ke h0sp1tal bagi mendapatkan rawtan dan pemantauan.

Peskit-peskit yang bercakap kepada Malaysiakini memaklumkan yang mereka harus menunggu sehingga beberapa hari untuk mendapat keputusan ujian saringan swab, dan setelah itu, terpksa pula menunggu beberapa hari lagi untuk dibawa ke h0sp1tal atau pusat kuarntin dan rawtan berisiko rendah.

Zainuddin Abdul Khalic dari Kinarut, Sabah menunggu lima hari untuk mendapatkan keputusan ujiannya, dan dua hari lagi sebelum dia dan isterinya dibawa ke pusat kuarntin dan rawtan berisiko rendah.

Kes Zainuddin mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Dr Noor Hisham Abdullah, selepas dia meniggalkan komen di laman Facebook Noor Hisham bagi meminta bantuan selepas mengalami kesukaran bernafas.

 

“Tan Sri, saya dan isteri baru saja diberitahu positif C0vid-19 setelah lima hari ujian swab. Tapi sekarang kami masih di rumah saja.

“Tiada (dari KKM) yang datang ambil. Sekarang saya ada rasa sedikit shortness of breath (kesukaran bernafas). Call (hubungi) nombor yang mereka bagi satu pun tak angkat,” tulisnya.

Ekoran komennya itu di laman Facebook Noor Hisham, kata Zainuddin, pegawai KPK telah meminta maklumat kesnya daripada jabatan kesihatan tempatan.

Hasilnya, pagi ini, dia dan isteri telah dibawa ke Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi, yang diubah suai menjadi pusat ku4r4nt1n dan rawatan berisiko rendah.

Zainuddin mengucapkan rasa terima kasih atas tindak balas pantas oleh Noor Hisham dan pasukannya.

“Mungkin pada awal itu para petugas agak tak menang tangan dengan kes-kes mendadak, sekarang (mungkin) dah dapat rentak balik,” katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, anak-anaknya turut melakukan ujian swab hari ini dengan bantuan petugas KKM dan kini berada di bawah jagaan sukarelawan ketika dia dan isterinya menjalani rawtan.

‘Telefon 999 jika ada kesukaran bernafas’

Sementara itu, seorang penduduk di Kota Kinabalu, Sabah berkata, keluarganya terpksa menunggu lima hari untuk mendapatkan ujian mereka dan tiga hari lagi sebelum mereka dibawa untuk mendapatkan rawtan dan pemantauan pada awal bulan ini.

Dia yang tak mahu dinamakan, memberitahu Malaysiakini, bahawa dia sekeluarga menjalani ujian saringan di kemudahan swasta selepas ibunya disahkan positif Cvid-19 di sebuah h0sp1tal swasta sebelum menjalani satu prosedur kesihatan.

Meskipun begitu, katanya, mereka terpaksa menunggu lima hari untuk mendapat keputusan, dan sepanjang masa itu, mereka melakukan kuarntin kendiri.

Tambahnya, sehari selepas memperoleh keputusan positif itu, Kementerian Kesihatan ada menghubungi mereka bagi mendapatkan perincian mengenai lokasi mereka bagi pengesanan kontak.

“Saya tanya pegawai itu bila kami akan dibawa ke h0sp1tal atau pusat kuarntin, tapi dia bagitahu, katil penuh dan tak ada tempat kosong buat masa itu …

“Kami dimaklumkan untuk telefon 999 kalau mengalami kesukaran bernafas, dan mereka pasti akan hantar ambulans dalam kes sebegini,” tambahnya.

Katanya, dua hari kemudian, sebahagian ahli keluarganya dihantar ke pusat kuarntin di Kompleks Sukan Likas, manakala seorang daripada mereka dikelaskan sebagai “berisiko tinggi” dan dimasukkan ke h0sp1tal.

“Saya rasa mereka utamakan orang yang ada gejala yang teruk untuk diberikan rawtan (terlebih dahulu), peringkat ketiga dan ke atas, dan saya pun faham akan hal itu,” katanya.

Tambahnya, semasa dibawa ke pusat kuarntin, terdapat kira-kira lima peratus katil kosong memandangkan sesetengah pes4kit sudah dibenarkan pulang.

Menurunya, ibunya yang masih mengalami batuk-batuk, telah pun dibenarkan keluar h0sp1tal.

Warga emas 80 tahun tunggu dua minggu

Kejadian sebegini turut disuarakan oleh beberapa pengguna lain di media sosial, yang berkongsi rasa cemas mereka ketika menunggu untuk menerima rawtan.

Di Tawau, seorang warga emas terpksa menunggu 16 hari sebelum dibawa ke h0sp1tal.

“Nenek (saya) berusia 80 tahun dan mengambil ubat darh tinggi. Semalam, kementerian cakap cuma ada satu van saja untuk ambil peskit Cvid-19 jadi kami hanya perlu tunggu dan bersabar,” kata cucu perempuan kepada warga emas itu di media sosial.

Katanya, neneknya disahkan positif menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK) pada 3 Okt dan diuji sekali lagi menggunakan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang lebih sensitif pada 6 Okt.

Keputusannya hanya diketahui 10 hari kemudian.

“Saya hanya berkongsi situasi semasa di Tawau. Saya tahu yang (KKM) sedang berusaha sehabis baik setiap hari.

“Petugas yang datang buat ujian swab, yang memakaikan gelang merah jambu, yang membuat pemantauan dan yang datang membuat ujian kedua semuanya peramah, tapi mereka nampak sangat letih,” katanya lagi.

Cucu tersebut tidak mahu dinamakan.

Sabah mencatatkan tiga digit peningkatan kes setiap hari untuk dua minggu kebelakangan ini, dan situasi itu memberikan tekanan terhadap sistem kesihatan.

Pakar berpendapat sekiranya lebih banyak sokongan tidak diberikan, sistem kesihatan mungkin boleh runtuh dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

KKM berkata ia sedang menangani situasi berkenaan dengan menghantar lebih ramai petugas ke kawasan panas, menambah katil h0sp1tal, membuka lebih banyak pusat kuarntin dan rawtan brisiko rendah, dan menggunakan sumber ketenteraan untuk rawtan dan pengangkutan bahan ujian ke semenanjung untuk diuji.

Setakat semalam, Sabah mencatatkan 38 kemtian akibat Cvid-19 dalam tempoh 10 hari.

Dalam tempoh waktu sama, hanya satu kem4tian dicatatkan di luar Sabah.

Pada Jumaat, KKM berkata 70 peratus daripada katil ICU telah penuh di Sabah, sementara untuk katil biasa pula, angkanya mencecah 76 peratus

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

sumber : malaysiakini