“Dapat Lah Balik Kampung Tengok Arw4h Mak”- Hanya Bagi Tips Pada Caddy Golf, Hans Issac Didatangi…

Pelakon Datuk Hans Issac tidak menyangka apabila didatangi seseorang yang dipercayai ‘caddy golf’ hanya untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.

Lelaki tersebut mendedahkan duit ‘tips’ yang diterima ketika menjadi ‘caddy golf’ Hans Issac itu sangat bernilai kerana dengan wang tersebut dia dapat pulang ke kampung melawat arw4h ibunya.

“Datuk (Hans), dulu Datuk ada bagi tips pada saya selepas Datuk habis main golf. Duit tips tu saya buat modal isi minyak motor untuk balik rumah tengok arw4h mak saya.

“Waktu itu tengah bulan dan poket tengah kering. Terima kasih banyak ya. Semoga Tuhan memberkati kehidupan Datuk,” kata lelaki tersebut.

Lelaki tersebut difahamkan mendedahkan perkara tersebut di laman sosial.

Hans memuat naik paparan skrin komen tersebut ke akaun Instagram miliknya.

Kata Hans dia mendedahkan perkara tersebut untuk menunjukkan ia contoh bahawa sekecil-kecil pemberian kita mampu memberi kegembiraan kepada orang lain.

“Kadang-kadang small gesture boleh memberi perubahan. Saya berkongsi catatan ini untuk tidak mengambil penghargaan tetapi mahu menjadikan ia contoh kepada semua untuk tidak pernah lupa bahawa ada yang lebih susah daripada kita dan mereka tidak pernah mensia-siakan kehidupan begitu saja.

“Saya tidak sedar apa yang saya buat kepada lelaki ini tetapi terima kasih kerana berkongsi ini. Saya berdoa agar kasih sayang Allah sentiasa bersama anda dalam masa-masa sukar dan sebagainya. Moga Dia menolong dan menyembuhkan hati anda yang sudah kehilangan ibu,” katanya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kebaikkan Hans dan terinspirasi dengan kelakuannya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sometimes the smallest gesture can make a difference. I share this post not to take credit but as an example for use to never forget that some have it harder then others and never take life for granted. I did not realise what I did bro but Tq for sharing this bro. I pray the love of Allah enfolds you during your difficult times and He helps you heal with the passage of time with the lost of your mak . Salam.

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak