KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Dally dikec4m netizen kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang pada ketika ini.
Kec4man diterima selepas Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, memuat naik sekeping gambar dia menyertai aktiviti berbasikal bersama rakannya semalam.
Menerusi gambar itu, Bella menulis kapsyen: “Wohoo Genting Sempah with @diyanabanana”.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon filem Desolasi itu kerana khuatir membawa jangk1tan Cov1d-19 di daerah dan negeri zon hijau.
Salah seorang pengguna Instagram, @official_erynawal mempersoalkan bagaimana Bella boleh merentasi sempadan Selangor dan Pahang.
“Mana boleh berbasikal, aku hendak pergi ke taman pun kena hal4u, ini pula berbasikal. Boleh melalui sempadan ke atau ada orang beri pelepasan?” katanya.
Sementara itu, @ismedina90 pula berpendapat, aktiviti sukan boleh dilakukan di rumah seperti saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
“Berbasikal di rumah pun bersenam juga. Sahut cabaran Dr. Noor Hisham. Jika tiada apa-apa urusan duduk di rumah. Kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Tak risau ke?” soalnya.
Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, aktiviti sukan tidak bersentuhan dan program latihan berpusat bagi atlet masih dibenarkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikenakan PKPB.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Kosmo