Itulah sepotong hadis yang dikongsi oleh pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa setelah ditanya orang ramai.
Menurutnya, selepas beliau berhijrah, ramai yang tanya sama ada dia mencukur bulu kening atau tidak.
Neelofa dengan tenang menjawab:-
“Saya dah lama tak cukur kening, dan biarkan dia begitu sahaja,”
Kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Instagram Story miliknya telah menarik perhatian admin untuk turut bersama berkongsi perkara baik itu.
“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,”
Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober.
Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama.
Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan.
Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab.
Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HOT.FM