Cinta itu semestinya menjadi sesuatu yang paling indah dirasai oleh setiap pasangan. Lebih-lebih lagi jika kita dapat hidup bersama dengan orang yang kita sayang hingga ke akhir usia.
Namun begitu, ajal, m4ut dan jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Pastinya kehilangan insan yang tercinta memberi satu tamparan hebat buat pasangannya.
Kenangan ibu ayah.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Umairaharis ini tentunya membuatkan kita terharu apabila dia menceritakan kisah cinta ibu bapanya.
Menurut wanita itu, ibunya tidak pernah berkahwin lain walaupun bapa tersayang sudah tiada 21 tahun lalu. Cinta dan kasih yang ditunjukkan bapa dapat dilihat menerusi surat-surat cinta ibu bapanya dahulu yang begitu puitis.
Terkadang, aku ada tertanya2 pada diriku sendiri, bagaimana ibu mampu hidup 21 tahun tanpa mencari pengganti ayah?
Tapi bila aku baca surat2 ayah pada ibu…..,
Aku temui jawapannya. Kalau aku sendiri ditempat ibu, aku sanggup menunggu cinta hatiku, sehingga 1000 tahun lagi. ❤️ pic.twitter.com/tdedktHolh
— umairaharis (@umairaharis) June 21, 2020
Jawapan mengapa ibu mampu hidup 21 tahun tanpa ayah.
Hal tersebut membuatkan Umairah berfikir mungkin ini jawapan yang sering dia tertanya-tanya mengapa ibunya mampu untuk tidak mencari pengganti bapa walaupun sudah berpuluh tahun ketiadaaan sosok ketua keluarga itu.
Akhirnya dia menemui jawapan menerusi surat-surat yang ditulis oleh bapanya yang sangat romantis dan penuh rasa kasih sayang.
Dapat bakat menulis dari parent
Ternyata surat-surat cinta penuh puitis ibu bapanya satu ketika dahulu begitu menyentuh hati kerana dapat dilihat dengan jelas mereka amat menyayangi antara satu sama lain.
Umairah turut memaklumkan bahawa bakat penulisan yang ada dalam dirinya mungkin dapat daripada ibu dan bapanya yang sangat bijak bermain dengan kata-kata.
Terharu sangat baca
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat itu, rata-rata warganet menyatakan rasa kagum dengan ayat yang digunakan oleh orang-orang dahulu dalam mengarang ayat.
Mereka juga seb4k membaca luahan cinta yang diucapkan memalui surat oleh ibu dan bapa Umairah yang sangat ikhlas dari hati.
Simpan untuk anak cucu lihat
Cinta orang dulu2 puitis
Sumber: Umairaharis Via borakdaily
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://isensasi.com/