Sudah berkali-kali terjadi pencemaran air Sungai Selangor sehingga menyusahkan penduduk, ramai yang meluahkan rasa geram dan kecewa serta mempersoalkan mengapa masalah itu sering berulang dari tahun ke tahun.
Susulan masalah yang terpaksa penduduk Selangor hadapi, seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim mendedahkan punca-punca isu g4ngguan air yang sering terjadi di negeri itu.
Menurutnya, ada tiga pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Lembaga Urus Air Selangor (URUS) dan Air Selangor yang mempunyai tugas mereka masing-masing.
Sebab isu air jadi lagi, korang sebenarnya faham tak pengurusan Air kat Selangor/KL ni?
Ini info basic yang mungkin korang tak faham lagi yang mungkin jadi penyebab utama masalah air susah nak selesai.
Ada 3 pihak bertanggungjawab dalam Air ni:
1. PBT
2.LUAS
3. Air Selangor pic.twitter.com/YTpqeWDeCa— Faisal Rahim (@acaiijawe) October 19, 2020
Katanya lagi, syarikat Air Selangor ditubuhkan pada tahun 2014 dan pada tahun 2019 barulah mengambil alih sepenuhnya.
Jika ada yang bu4ng bahan tercemar tidak akan dapat dikesan
Menjelaskan masalah pencemaran yang berlaku, menurutnya jika ada yang membu4ng satu tong bahan tercemar dalam sungai tidak akan dapat dikesan kerana Sungai Selangor sangat panjang.
Masalah pencemaran chemical/bau di takungan air.
1. Sungai di Selangor panjangnya beratus km. Ada orang gila kat kebun tuang satu tong chemical, takde sapa boleh kesan.
2. PBT kena kawal beratus kilang haram/halal. Dulu tak banyak sbb kurang pembangunan, sekarang tak terkawal.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) October 19, 2020
Ujarnya, pihak PBT yang perlu mengawal kilang yang dibina secara h4r4m mahupun secara sah. Lebih menyusahkan, kebanyakan kilang dibina atas tanah persendirian dan bukan mudah untuk dirobohkan.
Masalah Paip Pecah & Usang.
1. Paip air di Selangor ni dah berusia puluhan tahun. Diurus oleh syarikat berbeza2. Ada yg bagus, ada yg tak.
2. Tapi sekarang semuanya bawah Air Selangor. Mereka kena tukar semua paip. Tapi perlukan masa sebab ada beribu km paip + perlu billion RM.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) October 19, 2020
Masalah paip pecah & usang
Masalah besar dihadapi adalah paip air di Selangor sudah berusia puluhan tahun memandangkan diuruskan oleh syarikat yang berbeza-beza. Jadi ada yang bagus dan ada yang tidak bagus.
Memandangkan kini di bawah Air Selangor, mereka perlu menukar semua paip tapi memerlvk4n masa kerana ada beribu paip ditambah pula kos yang diperlvk4n mencecah berbilion ringgit.
Kesimpulannya,
Masalah sungai, pencemaran bau & chemical di sungai bukan masalah Air Selangor. Tapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan LUAS.
Kalau nak dakwa, PBT kena pro-aktif cari kilang haram.
Masalah paip pecah/usang itu baru di bawah kuasa Air Selangor.
Bagitulah.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) October 19, 2020
Katanya lagi, negeri lain kurang mengalami masalah g4ngguan bekalan air kerana kurangnya pembangunan dibandingkan dengan Lembah Klang.
Menjelaskan salah faham apabila ramai yang menyalahkan syarikat Air Selangor, katanya pihak Air Selangor hanya merawat dan membersihkan air jika ada benda bahaya.
Ujarnya, jika terjadi masalah sungai dan pencemaran bau, masalah itu sebenarnya di bawah pihak PBT dan LUAS.
SUMBER: Twitter Faisal Rahim
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gulapop