Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz.
Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka.
Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu.
“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab Neelofa
Sebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan netizen tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.
Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta.
Berdasarkan hasil siasatan malam ini, aku yakin neelofa dengan PU Riz.
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 17, 2020
Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed. Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu.
Bermula dengan video ni, dari gerak tubuh neelofa, nampak yang dia ada something dengan PU tapi try untuk cover.
Bermula dengan video ni, dari gerak tubuh neelofa, nampak yang dia ada something dengan PU tapi try untuk cover.
So video ni masih tak valid. pic.twitter.com/VYoduHeWFu
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 17, 2020
Then tengok video ni, dorang nampak macam malu-malu like in love. But still tak valid. pic.twitter.com/T0O2UU1We2
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 17, 2020
Then nabila kantoikan cakap “bakal pengantin” kat lofa. pic.twitter.com/nQtmG53fsc
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 17, 2020
Rosix usik lofa, “abang nak makan apa harini ?”
Nabila cakap “apa pun baca doa dulu.”
Pastu semua gelak.Maksudnya hint ustaz disitu. pic.twitter.com/Nqt6IuozrK
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 17, 2020
Neelofa tengah berbalas chat dengan dia, tersenyum, pastu suruh dia masuk dulu makan, family dia kat bawah. pic.twitter.com/UJDcXmsOfi
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 17, 2020
Boleh dengar, neelofa panggil PU Riz “sayang”. Pastu dia tanya rosix, dengar ke ? Rosix cakap tak.
Banyak hint ya dalam video ni. pic.twitter.com/ccMhT1Qdmq
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 19, 2020
Lofa share burger ke tu ? 🤭 pic.twitter.com/OU7ilMDUHW
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 20, 2020
Yang mempertikaikan screenshot lofa tu, berdasarkan baju yang dipakai, kemungkinan hari tu adalah Program Qurban Aidilfitri bersama Pertubuhan Kasih Neelofa. Dan baju dorang pakai haritu matching dengan wallpaper whatsapp tu. Hasil pemerhatian netizen yang lain. Sis letak je 😂 pic.twitter.com/vp09I8c1zw
— PrettyGirlAlert (@NamiwaAbameed) October 21, 2020
Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….
Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’.
Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi.
Memetik temubual bersama Berita Harian terdahulu, Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan jika sudah menjumpai pilihan hatinya, sekali gus pasti akan berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Hot.FM