“Slam Berpecah, Sebelum Tu Kereta Hilang Dan Akhir Sekali Orang Yang Saya Sayang Pun Putus,” – Zamani Buka Cerita Kisah Lamanya 

Penyanyi Zamani akhirnya berkongsi mengenai perubahan personalitinya daripada seorang yang gembira berubah mulai menjadi pendiam, tak gembira dan tak ceria.

Perkongsian yang dibuat menerusi program Di Balik Idola siaran Astro tidak lama dulu itu turut dikongsi menerusi YouTube, di saluran Papa Entertainment akhir tahun lalu.

Jelas Zamani, fasa tersebut tidak pernah diceritakan.

“Saya tak pernah ceritakan kat orang benda ni, jadi hari inilah saya bercerita dengan you all semua. Sebabnya salah satu ialah di mana waktu Slam tengah bergolak arw4h ibu saya s4kit t3nat, akhirnya masuk hospital.

“Nak pergi show pun waktu tu tiada ada, hingga buat show di fun fair pada masa sama waktu tu saya lebih fokus pada mak saya. Saya pun dah tak berapa fokus pada grup kerana sebetulnya mak saya s4kit.

“Tanggal 1 November 1997 mak saya meningg4l,” kata Zamani yang turut memberitahu, kehilangan ibunya masih lagi dirasai sehingga kini bagai baru sahaja berlaku.

Berkongsi lanjut, Zaman seperti yang dipetik turut menambah, sebelah mata ibunya sempat memandang ke arahnya sebelum menghembus naf4s terakhir di hospital.

“Waktu dia nak meningg4l, saya ada persembahan dan ibu sangat nak jumpa. Saya terus ke sana, dia tengah k0ma dan saya betul-betul di tepi katilnya dan dia pandang saya. Dia buka mata sebelah dan…,”kongsinya.

Dek hubungan ibu dan anak yang terlalu rapat, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Gerimis Mengundang ini juga turut memberitahu hidupnya ibarat kosong selepas kehilangan ibu tersayang, hingga pernah alpa terhadapNya.

“Memang waktu tu macam dah habis kehidupan. Bila hilang orang yang paling kita sayang, saya rasa putus asa. Bertimpa-timpa masalah. Slam berpecah, sebelum tu kereta hilang dan akhir sekali orang yang saya sayang pun putus.

“Benda ni dekat-dekat berlaku dalam tempoh yang sangat rapat…

“Bila benda ni berlaku…maaflah kalau saya cerita. Sebab pada waktu tu saya macam tertanya kenapa saya kena nasib macam ni. Klimaksnya bila saya dah tak nak sembahyang. Tak tahu nak cakap, rasa lost.

“Apa pun saya bersyukur pada Allah SWT sebab Dia masih sayangi saya dan cubaan pernah telan piI 20 biji piI Pan4dol… benda ni janganlah diikut. Dalam Islam larang tapi itulah yang saya buat sebenarnya. Mula dari situlah saya mulai berjinak-jinak dengan apa yang korang sudah tahu.

Bila saya berjinak-jinak dengan benda tu, karier saya jadi huru-hara, tak ada disiplin dan hidup saya teruk,” kongsi Zamani jujur sambil memberitahu abang dan kakak merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah hidupnya kembali.

Terkini, Zamani muncul dengan single terbaru berjudul Aduh.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Foto: Instagram Zamani via MH