Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan anaknya, Ian Haziq masih mempunyai datuk iaitu bapa kepada bekas suaminya, Ian Rashid Macquistan yang berdar4h k4cukan mat salih.
Jasmin bersyukur hubungan mereka masih baik dan anaknya mendapat kasih sayang seorang datuk meskipun dia dengan bekas suami sudah tidak bersama.
“Syukur Alhamdulilah, inilah keturunan Macquistan.. Big boss (anaknya) tak dapat ikut mata biru Grandpa tapi dapat ikut warna kulit je..
“Satu-satunya Grandpa yang Big Boss ada. Seorang yang positive dan supportive.
“Masih single walaupun dah enam tahun Grandma pulang menemui pencipta-Nya.. Pasangan yang romantik, katanya cintanya hanya untuk Grandma.
“Terima kasih Allah kerana pelihara kesihatan Grandpa. Semoga Allah panjangkan usia Grandpa dan mendapat pengakhiran hidup yang baik.. Di m4tikan dalam Husnul Khatimah,” tulisnya.
Jasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Jasmin memuat naik foto anaknya bersama bapa mentuanya.
Entri tersebut bagaimanapun mendapat perhatian pengikutnya yang tidak menyangka hubungannya dengan bapa mentua masih baik.
Malah ada yang berpendapat hubungan pasangan suami isteri dengan keluarga mentua akan berkekalan hingga selamanya meskipun sudah berp1sah.
Jasmin dan Ian Rashid berpisah pada 4 Februari 2008 selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000.
Mereka dikurniakan Ian sebagai zuriat dan mempunyai dua orang anak angkat iaitu r0hana dan Luqman Hakim.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SlamberMedia