Lambat Dapat Gelaran IBU, DS Zizie Izette Bahagia Dikurniakan Sepasang KEMBAR & 3 Anak

Jika berada di samping isteri kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang memegang portfolio kepada Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya Sabah ini pasti dapat menyaksikan keceriaan wanita ini bersama anak-anak tersayang.

Foto: Instagram @zizieizette

Keriuhan sewaktu mengabadi foto Datin Sri Zizie Izette bersama Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette untuk jadi penghias kulit Majalah Nona edisi Oktober 2020 mencipta momen terindah. Teruja melihat 5 kanak-kanak comel ini yang begitu sporting memberikan pose terbaik dan mendengar kata ibu mereka.

Patutlah Datin Sri Zizie sering berkongsi foto dan kehidupannya bersama lima anak-anaknya dengan penuh gelak-tawa di laman media sosial. Ramai yang gemar melihat telatah wanita putih gebu ini mengusik anak-anaknya. Mungkin ini berkat kesabaran wanita yang mula berlakon dalam filem Kekasih Awal dan Akhir ini berdoa tanpa henti untuk memiliki cahaya mata.

Cepat atau lambat akhirnya Datin Sri Zizie akhirnya memiliki sepasang anak kembar dan tiga lagi anak yang lain untuk menyerikan hidupnya bersama suami tersayang. Mengimpikan sebuah keluarga yang besar, Datin Sri Zizie tidak pernah berselindung tentang kedua-dua anak angkatnya. “Ramai orang bertanya tentang kasih antara anak kandung dan anak sendiri.

Foto: Instagram @zizieizette

Jawapan saya senang saja. Sedangkan anak sendiri pun kita sebagai ibu kadang-kadang tak boleh nak berlaku adil. Maksud saya, pernah tak kita dengar rungutan kawan-kawan, ibu mereka melebihkan kasih sayang kepada kakak atau abang padahal sebenarnya situasi itu tidak berlaku.

Foto: Instagram @zizieizette

Setiap ibu sayang sama rata kepada semua anak-anak mereka. Cuma kadang-kadang ada hari-harinya seorang terlebih yang ini dan seorang terlebih yang itu. Tapi sebagai seorang ibu, kita cuba beri yang terbaik untuk anak-anak,” tutur Datin Sri Zizie sambil tersenyum.

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak bila umur mereka rapat-rapat dan diakui sendiri oleh pelakon yang membawakan watak sebagai Puan Sri Mawar dalam drama Hero Seorang Cinderella ini. “First of all saya tak boleh ambil kredit untuk diri sendiri sebab saya ada 2 orang pembantu untuk jaga 5 orang anak.

Foto: Instagram @zizieizette

Tapi walaupun ada pembantu, saya tak lepaskan semua tanggungjawab kepada pembantu. Saya akan monitor setiap pergerakan mereka kerana saya seorang ibu yang sentiasa ada di rumah,” ucap Datin Sri Zizie sambil memandang kelima-lima orang anaknya penuh kasih.

Foto: Instagram @zizieizette

Seronok melihat cara Datin Sri Zizie melayan anak-anaknya. Jelas terpancar naluri keibuan dalam diri wanita yang mudah tersenyum ini. Bila ditanya tentang perasaannya melahirkan anak di usia 40 tahun, jawabnya, “Saya melahirkan Aalisa di usia 40 tahun. Saya tak tahu mengapa ramai wanita yang takut mengandung di usia 40.

Foto: Instagram @zizieizette

Pada pandangan saya mungkin ramai wanita takut sebab mereka ada masalah kesihatan. Saya tahu tahap kesihatan saya dan selalu buat medical check-upSo far, saya tidak mempunyai masalah ketika mengandung seperti dar4h tinggi, kenc1ng manis dan sebagainya. Jika kita tidak mempunyai sebarang peny4kit, insyallah sepanjang tempoh mengandung itu akan dipermudahkan,” ujar Datin Sri Zizie yang mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh berpantang.

Mesti ramai mak-mak yang suka pakaikan anak-anak baju sedondon macam Datin Sri Zizie Izette ni kan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona