Setelah mengambil keputusan untuk berangkat ke Perth, Australia, Zahirah MacWilson ada berkongsi keadaan terkini setibanya di negara tersebut.
Menurut Zahirah, keadaan pendemik wab4k Cov1id-19 di negara berkenaan kini berada di dalam keadaan yang terkawal dan jumlah kes tempatan juga adalah sifar.
“Untuk yang tertanya mengenai kes di Perth, dah enam bulan tak ada kes tempatan.
“Sebelum ini pun kes sangat rendah. Sekarang mereka tidak ada SOP seperti kena pakai mask atau kena social distancing.
“Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu menerusi Instagram stories miliknya.
Jelas Zahirah lagi, prosesnya untuk meminta kebenaran bagi memasuki negara tersebut bukanlah senang tetapi dia tetap meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah pun dipermudahkan.
“WA (Western Australia) tutup sempadan mereka dan akan sentiasa tutup sehingga April 2021. Kecuali anda memegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau ada alasan kukuh baru boleh masuk.
“Itu pun sudah tentu kena minta kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia terlebih dahulu.
“Ia bukan sesuatu yang mudah tapi Alhamdulillah, Allah dah susun semuanya.
“Kami kini menjalani ku4r4nt1n untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk c0v1d-19.
“Apa-apa pun, semoga Allah sentiasa lindungi kita semua,” kongsinya lagi.
Difahamkan, Zahirah dan Aiman kini sedang menjalani tempoh ku4r4nt1n selama 14 hari di sebuah hotel sebelum dibenarkan untuk berangkat ke rumah ibunya.
Terdahulu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berangkat ke Australia sebagai persediaan menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH