Bersih Luar Dalam, Gelagat Wartawan Basuh Kereta Dengan Tingkap Terbuka Buat Netizen Tertawa

Mungkin disengajakan mungkin tidak. Tetapi itulah yang terakam dalam laporan bertajuk Pengguna Risau Bekalan Air Terpvtus Lagi oleh TV3 baru-baru ini.

Gelagat wartawan Raja Amanda Raja Faisal yang membasuh kereta tanpa menutup cermin tingkap belakang kereta menjadi perbualan di media sosial beberapa hari ini.

 

Tidak dapat menahan ketawa tindakannya , netizen yang kemudiannya berkongsikan kembali dan menularkan mengenainya di media sosial.

Menyedari mereka juga terlihat tingkap berkenaan yang tidak ditutup sepenuhnya, mereka mengucapkan rasa simpati terhadap pemilik kenderaan berkenaan yang mungkin mendapat pakej ‘bersih luar dan dalam’.

Jangan ikut saja, tengok dulu

“Tu basuh kereta tu, memang tingkap belakang tak tutup ke macam mana? soal seorang netizen di hantaran berkenaan.

“Cermin belakang kereta terbuka tu, habislah basah masuk air. Kalau nak buat rakaman kreatif pun, rancang lah betul-betul.

“Wartawan pun tengok dulu, jangan ikut saja arahan krew. Masyarakat nampak anda, bukan crew tu,” tambah seorang lagi netizen.

Anda boleh menonton kembali perkongsian wartawan ini yang mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen ini melalui perkongsian di bawah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/