Sebuah banglo dimiliki oleh pengusaha dodol dan serunding di Pasir Mas, Kelantan menjadi tumpuan netizen apabila memaparkan seni bina yang unik.
Banglo milik pasangan Sulaiman Ismail dan Wan Sabariah Wan Ali itu persis mahligai Bollywood dan dihiasi dengan cat berwarna hijau selain ukiran kapur emas.
Malah, menerusi dekorasi dalaman banglo itu seperti yang dikongsikan oleh Twitter @twthartanah, kebanyakan perabot dan rekaan dalaman pun melengkapi gaya unik si pemilik.
Rumah Tn. Haji Sulaiman & Pn. Hajah Wan Sabariah. Bisnes apa yang mereka buat?
Bisnes serunding dan dodol. Rezeki di mana-mana. pic.twitter.com/D3HlJ4PE17
— Urban Hartanah 🇲🇾 (@twthartanah) June 12, 2017
Namun, perkongsian itu mendapat kritikan segelintir netizen yang menyifatkan citarasa pemilik banglo itu amat mengecewakan.
Hinggakan ada yang menyamakan banglo itu seperti kek pandan, cendol jagung, kuil, rumah j1in dan istana jawa.
Walaubagaimanapun, ada kisah lain di sebalik pemilihan warna dan rekaan banglo unik itu.
Memetik laporan Berita Harian, kediaman itu telah dibina sejak tahun 1987 dari keringat berniaga dodol dan serunding.
“Isteri saya terlalu meminati emas sejak muda menyebabkan keseluruhan ukiran yang digunakan di rumah ini berwarna emas. Warna emas itu digabungkan dengan dinding rumah berwarna hijau iaitu warna kegemaran isteri.
“Segala-galanya saya serahkan kepada isteri untuk menghias rumah kami. Selain minat terhadap barang kemas, isteri juga banyak melihat majalah dan televisyen yang mempunyai kaitan dengan menghias rumah sebelum mengaplikasikan kepada kediaman kami,” kata Sulaiman sebelum isterinya itu men1ngg4l dunia.
Kediaman itu didiami sembilan beranak dan mempunyai tujuh ruang tamu, tujuh bilik tidur, tujuh bilik air dan dua ruang dapur.
Saksikan rancangan dekorasi ruang dalaman rumah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak