Perubahan zaman telah membawa kita ke dalam satu era di mana semuanya boleh dicapai di hujung jari. Begitulah juga dengan soal mencari jodoh.
Di zaman serba moden ini, untuk berkenalan dengan seseorang amatlah mudah. Hanya perlu mendaftar masuk ke laman media sosial dan di sana anda akan disajikan dengan pelbagai jenis manusia.
Berbeza dengan zaman dahulu, usaha mencari jodoh semuanya berpanduk4n majalah atau keratan akhbar. Di mana seseorang boleh menghantar biodata peribadi mereka untuk diterbitkan buat tatapan umum.
Nampak seperti susah, tetapi itulah antara cara yang popular pada zaman sebelum wujudnya jaringan internet atau media sosial.
Cara cari jodoh zaman dulu. Gentle tak gentle la… pic.twitter.com/nZq3RUfEGt
— ملايو بارو (@melayu_baru) October 26, 2020
Terbaharu, pemilik akaun @melayu_baru telah memuat naik satu ciapan bergambar menunjukkan cara orang dahulu mencari jodoh dengan menghantar maklumat peribadi untuk diterbitkan.
Dengan halaman bertajuk Mencari Jodoh, anda boleh lihat gambar dan juga maklumat peribadi setiap orang yang diterbitkan. Tidak lupa juga tajuk kecil yang terdapat di atas gambar menunjukkan ciri-ciri lelaki atau wanita yang mereka mahukan.
Tidak pasti gambar terbabit daripada majalah mana. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah sebahagian daripada mereka meletakkan ciri-ciri wanita atau lelaki yang mereka mahukan dengan gaya yang lucu dan bersahaja.
‘Teruna atau duda beranak satu’, ‘Tak suka yang cembvru bvta’, ‘Ingin dara tua dari usianya’, ‘Tidak suka lelaki perok0k’ atau yang paling menarik perhatian netizen adalah ‘Hobinya mengusik wanita s3ks1’
Sejak dimuat naik, ciapan tersebut telah mendapat lebih 500 ciapan balas dan reaksi bercampur daripada netizen dengan kebanyakan daripadanya ketawa dengan ciri-ciri yang diidamkan.
Sebelum ini, seorang lelaki tular apabila mencari jodoh menggunakan ‘billboard’. Terbaharu, dilaporkan bahawa dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.thevocket.com/