Pelawak dan pelakon Zizan Razak mencuri perhatian wargamaya apabila bakal menggantikan tempat Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov yang telah mengumumkan persaraannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Zizan memuat naik sekeping poster pengenalan yang menampilkan dirinya memegang tali pinggang kejuaraan untuk tatapan umum.
“Pengganti Khabib sudah ditemui. Ramai yang tidak menyangka. Tapi inilah hakikatnya,” tulis Zizan sebagai kapsyen.
View this post on InstagramPengganti KHABIB sudah ditemui. Ramai yang tidak menyangka. Tapi inilah hakikatnya.
Lebih melucukan apabila aktor p0lis Evo itu turut menukar namanya kepada Zizan Razav sebagai nama gelanggang.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya terhibur dengan poster tersebut dan mengusik pelawak kelahiran Terengganu itu.
“Ini kebab Zan,” tulis Radin Era.
“Cepat benar lemak mu hilang,” komen Achey.
“Boleh ke McGregor kena patuk dengan hidung Zizan?” tanya seorang wargamaya.
“Ni kalau kena tumbuk, kempis hidung mu,” kata seorang wargamaya.
“Ni bakal cipta rekod tak pernah menang,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 100,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Minggu lalu, Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat.
Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi itu, Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dan kini dia bersara dengan rekod cemerlang 29 kemenangan tanpa kalah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak