Siapa sangka walaupun sudah berusia namun semangatnya tetap teguh meskipun terpaksa berpanas terik untuk berniaga
Pada musim pandemik Covid-19 ini pasti ramai yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan perbelanjaan harian. Ramai juga yang berikhtiar pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan buat keluarga mereka.
Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila kisah seorang peniaga telur di Gombak, Selangor menjadi tular dan mengundang simpati ramai.
Peniaga warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Ali itu berniaga sambil berdiri di sisi van miliknya sambil menunggu pelanggan untuk datang membeli walaupun ketika cuaca panas.
Dia check telur sebiji-sebiji pastikan tak ada yang pecah
Menerusi perkongsian posting tersebut, gadis yang dikenali sebagai Nawal itu terpanggil untuk membantuk Pak Cik Ali selepas melihat peniaga itu berdiri dalam cuaca tengah panas sambil menunggu pelanggan.
Difahamkan Pak Cik Ali sebelum itu berniaga baju di pasar malam namun, sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mula menjual telur untuk menyara keluarganya.
Menurut Nawal, setiap telur akan diperiksa sebelum diserahkan kepada setiap pelanggannya.
“Masa saya beli, dia ambil telur dan periksa satu-satu untuk pastikan tiada yang kotor atau pecah. Memang ikhlas saya tengok, peniaga macam ni yang kita kena support,” katanya kepada sumber.
Rezeki melimpah ruah selepas tular di Twitter
Disebabkan ianya menjadi viral, ternyata rezeki untuk Pak Cik Ali semakin melimpah ruah apabila telur-telur yang dijualnya habis.
Ketika artikel ini ditulis posting tersebut telah pun mendapat 12k retweets dan 5.8k likes.
Seronok tengok semangat pak cik ni. Kalau dia boleh kenapa tidak kita kan?
Kredit : Says.com
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://mykmu.net/