Dalam satu entri di Instagram miliknya, Puteri Sarah Liyana memuat naik satu perkongsian tentang ujian yang mula diterima apabila usia memasuki antara 35 tahun hingga ke 40 tahun.
“Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh saki1t, kem4tian), atau dari pasangan hidup (percer4ian, jatuh sak1it, perg4duhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
“Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada-Nya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan-Nya,” catat Puteri Sarah.
Tambahnya melalui perkongsian tersebut, orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalan mereka, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangan mereka, berjimat menyimpan untuk hari tua mereka dan berserta niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
“Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
“Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu.
“Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan n4fsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
“Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah men1ngg4l, kadangkala tanpa disangka.
Tambah Puteri Sarah lagi, setiap daripada kita hidup di dunia tidak lama, sambil berkongsi satu sabda daripada Nabi Muhammad SAW.
“Kita hidup di dunia, tidak lama. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Pada penghujung entri tersebut, Puteri Sarah turut memberikan kredit kepada Instagram @igpesanbonda untuk perkongsiannya itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : GEMPAK